Resepi Masak Tauhu Telur Chinese Style Sedap

Mahu cuba resepi sup tauhu telur ? Tauhu telur atau tauhu jepun memiliki tekstur yang lembik dan lembut.

Berbeza dengan tauhu biasa, rasa tauhu telur pun tidak terlalu masam dan tidak keras.

Tauhu telur sedap dimasak dengan pelbagai resepi, ada tauhu telur masak sambal, masak sos tiram atau masak sup seperti resepi yang kami kongsikan di bawah ini.

Biasanya sup tauhu telur dicampur dengan sawi. Justeru, masakan ini sesuai untuk orang yang ingin berdiet kerana ia tidak berlemak dan berkhasiat.

Anda yang teringin menghidangkan sup tauhu telur untuk keluarga anda di rumah, ada baiknya anda mencuba resepi yang dikongsikan oleh azie kitchen di Facebook.

Resepi ini sangat senang dan tidak memakan masa. Sila dicuba.

w

Bahan Resepi Tauhu Telur

  • Tauhu telur
  • Tepung jagung
  • 2-3 ulas bawang putih
  • Minyak bijan/minyak masak
  • Air secukupnya
  • Sebiji telur
  • Sayur pilihan (karot, baby pakchoy, sawi, bebola ikan, cendawan, brokoli dll)
  • Gula
  • Garam

Cara Penyediaan Tauhu Telur

  1. Potong tauhu telur seperti dalam gambar. Kemudian celup dalam tepung jagung dan goreng sehingga bertukar warna. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih yang sudah dicincang sehingga bertukar warna.
  3. Kemudian baru masukkan air dan biarkan ia mendidih.
  4. Sediakan sebiji telur dalam mangkuk dan pukul sebati. Bila air tadi sudah mendidih, baru masukkan telur dan kacau sebati untuk dapatkan tekstur telur yang cantik.
  5. Masukkan apa jua sayur kesukaan seperti karot, baby pakchoy, sawi, bebola ikan, cendawan, brokoli dan lain-lain. Boleh juga letakkan isi ketam yang sudah dicarikkan.
  6. Masukkan tauhu telur yang digoreng tadi. Perasakan dengan gula, garam atau serbuk perasa secukupnya.
  7. Biarkan menggelegak sedikit dan sediakan bancuhan air tepung jagung.
  8. Masukkan 2 hingga 3 sudu makan air tepung jagung. Masak seketika, bila dah nampak pekat sedikit boleh tutup api.
  9. Taburkan daun bawang jika ada.

Nak makan dengan lauk lain pun serbesalah sebab rasa macam nak nikmati sup ni je.

Tapi kalau hidangkan dengan ikan goreng pun sedap juga.

Bolehlah nanti cuba resepi sup tauhu telur simple dan sedap ni. Mesti sekejap je licin. Selamat mencuba.

Selain resepi Sup Tauhu Telur, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Oh ya, jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Originally posted 2022-09-28 01:27:00.

Tinggalkan komentar