Resepi Makaroni Bakar Cheese Leleh

Kalau sebut sebarang makanan Western, mesti terfikir harganya yang agak mahal dan kuantitinya yang sedikit kan?

Kurang ‘generous’ sebab harga bahan mentah nya pun boleh tahan jugak harganya.

Kebanyakkan makanannya berasaskan keju seperti pizza, makaroni cheese, pasta, lasagna, pie dan macaroni cheese dah mula diminati oleh orang Malaysia walaupun ia bukannya makanan kebiasaan kita.

Macaroni cheese atau lebih popular dengan singkatan mac & cheese adalah antara menu yang mudah dibuat.

Ia bukan saja sesuai untuk dewasa, tetapi juga disukai oleh anak-anak.

Tapi itulah kalau makan kat luar rasa macam tak berbaloi sangat. Baik buat sendiri. Boleh makan sampai puas.

Jadi, apa kata kita cuba buat sendiri saja di rumah dengan merujuk resepi dari Amie Samuri ini.

Bahan Makaroni Bakar Cheese Leleh

Bahan untuk kuah bolognese

  • 3-4 sudu besar minyak zaitun
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3 ulas bawang putih
  • 250g daging kisar
  • 1 keping daging burger (pilihan)
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2-1 batang lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 1 biji capsicum
  • 1/4 cawan puri tomato
  • 1 tin sos pasta tomato
  • Sedikit air rebusan pasta
  • 1/2 sudu kecil herba itali
  • 1/2 ketul kiub ayam (pilihan)
  • 1-2 sudu kecil serbuk kasar cili
  • 5-7 cendawan
  • Garam secukup rasa
  • 1/4 cawan susu penuh krim

Bahan untuk Sos Putih

  • 3 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 1/2 cawan susu penuh krim
  • 1 sudu besar serbuk keju parmesan
  • 2 keping keju cheddar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam

Bahan untuk Makaroni Rebus

  • 3 cawan makaroni kering
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 liter air
  • Sedikit minyak zaitun (untuk salutan)

Bahan untuk Lain lain

  • Parutan keju mozarella
  • Hirisan capsicum
  • Serbuk parseli kering

Cara Penyediaan Makaroni Bakar Cheese Leleh

Cara untuk buat Makaroni Rebus

  1. Rebus makaroni dengan air dan garam sehingga lembut.
  2. Tapis dan gaul dengan minyak zaitun (supaya makaroni tak melekat).

Cara untuk Buat Sos Putih

  1. Cairkan butter dan masuk tepung gandum.
  2. Kacau sebati dan masuk susu full cream.
  3. Masuk serbuk keju parmesan, keju cheddar, serbuk lada hitam dan garam (jika perlu)
  4. Tambah susu jika terlalu pekat kemudian tutup api.

Cara untuk buat Bolognese

  1. Potong dadu bawang holland, lobak merah, capsicum dan tomato.
  2. Hiris sederhana nipis cendawan dan capsicum (untuk hiasan).
  3. Cincang halus bawang putih dan daging burger.
  4. Panaskan minyak kemudian tumis bawang holland dan bawang putih (masukkan bila bawang holland layu atau lambat sikit sebab bawang putih cepat hangit).
  5. Masuk daging cincang, daging burger dan serbuk black pepper.
  6. Bila air daging hampir kering, masukkan carrot, tomato dan capsicum kemudian kacau dan tutup 5 minit.
  7. Masukkan puri tomato, sos pasta tomato dan air rebusan pasta.
  8. Masukkan Italian herbs, kiub ayam (pilihan), chili flakes dan cendawan.
  9. Masukkan susu full cream dan terus tutup api.
  10. Masukkan makaroni rebus dan gaul sekata.
  11. Sendukkan makaroni dalam 6 bekas (tray aluminium 3 inci x 7 inci).
  12. Tabur serbuk keju parmesan, tuang sos putih, tabur parutan keju mozzarella, serbuk keju parmesan, serbuk parseli kering dan hirisan capsicum
  13. Boleh tutup kemas untuk simpan frozen
  14. Kalau nak makan boleh bakar dalam over 200 C anggaran 15 minit atau sehingga permukaan perang.

Catatan

  • Untuk lebih manis boleh guna cherry tomato dalam 8-10 biji.
  • Untuk yang vegetarian boleh lebihkan cendawan, campur pelbagai jenis cendawan atau tambah sayur zucchini/courgette.
  • Jangan buang air rebusan pasta, tambah dalam kuah bolognese untuk adjust kepekatan kuah.

Originally posted 2022-11-28 01:18:00.

Tinggalkan komentar