Resepi Maggi Ketam Sedap dan Simple

Anda penggermar sajian Maggi Ketam? Hidangan ringkas yang popular di negeri Kelantan ini sebenarnya mudah sahaja disediakan.

Ada pelbagai versi cara memasaknya. Tepuk dada, tanya hati. Ada yang ringkas dan ada juga yang sedikit banyak bahan rencah yang digunakan.

Semuanya sedap dan membuka selera. Salah satu resipi Maggi Ketam yang mudah adalah resipi yang dikongsi oleh saudari Wan Ash. Jom cuba.

Bahan Masak Maggi Ketam

  • 3 Bungkus mee segera Maggi
  • 2 Ekor ketam dibelah dua
  • 3 Ulas bawang kecil
  • 2 Ulas bawang putih
  • 2 Biji telur
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan Masak Maggi Ketam

  1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga layu
  2. Masukkan perencah maggi 1 1/2 bungkus sahaja. Kacau sekejap dan masukkan air.
  3. Apabila sudah mendidih, masukkan ketam dahulu.
  4. Setelah ketam masak, keluarkan dahulu daripada kuah.
  5. Masukkan pula mee maggi dan sayur yang disukai. Masukkan telur jika suka.
  6. Siap!

Catatan

  • Untuk cara hidang, Masuukan maggi kedalam mangkuk, ketam diletakkan di bahagian atas.

Ada pelbagai lagi resepi lain yang anda boleh cuba dan menambah idea masakan anda! Jangan lupa untuk tekan butang share dan kongsikan resepi ini!

Originally posted 2022-09-10 23:08:17.

Tinggalkan komentar