Resepi Macaroni Salad Sedap Untuk Diet

Menu Salad Makaroni Buah ini sebenarnya berasal daripada Filipina, tetapi baru-baru ini viral di TikTok bahawa menu ini rupanya sangat popular di kalangan orang Sabah.

Jarang sekali kita akan masak makaroni dengan bahan-bahan yang manis.

Jadi jom tukar selera dengan menu Makaroni Buah, sesuai untuk dimakan bersama keluarga yang telah dikongsikan oleh Cik Midah di Facebook.

Bahan Resepi Macaroni Buah

  • Sepeket Macaroni brand kimball, prego atau apa-apa saja brand (rebus dan toskan)
  • 4-5 Biji kentang (potong dadu-rebus)
  • 1-2 Biji lobak merah (potong dadu-rebus)
  • 4-5 Ketul sosej (potong-rebus)
  • 1 Biji bawang holland (potong dadu)
  • Kalau ada brocoli lagi sedap
  • 1 Tin susu cair atau susu segar
  • Mayonais secukupnya
  • Garam
    Mixed herbs
  • Chili flake

Cara Penyediaan Resepi Makaroni Buah

  1. Mula-mula ambil beberapa sudu mayonais.
  2. Masukan sedikit susu cair. Kacau sampai likat.
  3. Kemudian tambah lagi susu cair. Kacau lagi sampai likat. Ulang step ini ikut mahu sebanyak mana.
  4. Jika dirasa sudah cukup susu, seterusnya masukan garam dan gaulkan bersama macaroni, sosej, kentang, brokoli, bawang holland dan lobak merah.
  5. Gaul sebati kesemua bahan.
  6. Akhir sekali masa dihidangkan, taburkan mixed herbs dan cili flake.
  7. Siap.

Catatan

  • Mahu gantikan sosej dengan isi ayam atau meatball pun sedap.

Selain resepi macaroni salad, kami juga menulis resepi sedap dan mudah lainnya yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa share dan like resepi ini ya.

Originally posted 2022-09-15 05:38:41.

Tinggalkan komentar