Resepi Macaroni Carbonara Sedap, Wajib Cuba!

Resipi macaroni carbonara ni memang sedap! Paling best buat untuk sarapan dapatlah rasa kenyang tu lama sikit sementara nak tunggu makan tengah hari.

Anak-anak mesti seronok kalau mak masakkan menu ni untuk bekal ke sekolah.

Resipi ini telah dikongsikan oleh Ruziawati Yusof di Facebook. Jom kita cuba resipi mudah ni.

Bahan Macaroni Carbonara Resepi

  • 1/4 Buttercup
  • Sosej
  • 4 Labu bawang besar
  • 1 Labu bawang putih
  • 3 Botol dan 2 tin sos carbonara Prego
  • 4 Kotak susu segar Dutch Lady
  • Air
  • 4 Pek Macaroni
  • Meatballs
  • Brokoli
  • Garam
  • Ajinomoto
  • Tumix

Cara Penyediaan Macaroni Carbonara Resepi

  1. Rebuskan macaroni bersama sedikit minyak masak dan garam sehingga masak dan lembut. Boleh juga menggunakan jenis pasta yang lain seperti spaghetti, spiralis ataupun fettuccine.
  2. Toskan macaroni.  Panaskan kuali dan masukkan buttercup. Masukkan meatballs yang dipotong kecil.
  3. Goreng seketika sehingga menjadi sedikit garing. Tak ada meatballs, kita guna sosej pun boleh juga.
  4. Masukkan bawang besar dan bawang putih yang sudah dikisar untuk menaikkan aroma.
  5. Setelah naik bau, masukkan sos carbonara dan tambahkan air biasa atau air rebusan pasta menggunakan sukatan sos. Kemudian, masukkan pula 4 kotak susu segar Dutch Lady.
  6. Setelah sos menggelegak, masukkan macaroni yang telah direbuskan tadi dan tambahkan sedikit garam serta ajinomoto.
  7. Untuk menambahkan rasa supaya macaroni lebih berkrim, anda juga boleh masukkan 3 kepingan keju ya.
  8. Tambahkan sayur brokoli jika suka. Gaul sehingga sebati dan sedia untuk dinikmati.

Wah, nampak menyelerakan sangat. Sesuai untuk hidangkan pada tetamu dan boleh juga pelbagaikan menu untuk open house kan?

Menu begini memang kanak-kanak suka. Senang hati mak-mak nak bagi anak makan nanti.

Jadi selamat mencuba resepi makaroni carbonara, jangan lupa share tau!

Originally posted 2022-09-14 23:18:05.

Tinggalkan komentar