Resepi Masak Kurma Telur, Sedap!

Resepi Telur Masak Kurma, resepi masakan yang sangat ringkas tetapi tetap membuka selera.

Resepinya tak banya beza dengan masakan kurma lain, cuma ia menggunakan telur ayam yang direbus dan dikelar sedikit supaya kuah meresap ke dalam telur dan nampak menarik.

Menu ini sesuai dihidangkan bersama nasi putih atau boleh juga dihidangkan bersama nasi yang lain seperti nasi tomato, nasi minyak atau nasi kandar.

Di bawah ini kami kongsikan resepi kurma telur senang, mudah dan lazat dikongsikan oleh Kak Ros. Selamat mencuba.

Bahan Resepi Masak Kurma Telur

Bahan-bahan Resepi Telur Masak kurma

  • 6 Biji Telur
  • 2 1/2 Sudu Besar Rempah Kurma, Bancuh Dengan Sedikit Air
  • 1 Mangkuk Santan Pekat
  • 1 Mangkuk Santan Cair
  • 1 Batang Karot
  • 1-2 Biji Kentang
  • 1 Keping Kecil Asam Gelugor
  • 2 Biji Cili Hijau Atau Merah
  • 1 Biji Tomato, Belah 4
  • 1 Biji Bawang Besar, Potong 6
  • 1 Senduk Minyak Masak
  • Daun Ketumbar (Optional)
  • Bawang Goreng (Optional)

Bahan Rempah Telur Masak kurma

  • 1 Batang Kayu Manis
  • 2 Kuntum Bunga Lawang
  • 4 Biji Buah Pelaga

Bahan Tumbuk Telur Masak kurma

  • 4 Biji Bawang Merah
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia

Cara Penyediaan Kurma Masak Telur

  1. Rebus telur sehinnga masak dan kupas kulitnya. Kelar sedikit di permukaan telur.
  2. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan rempah tumis dan bahan-bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan pes bancuhan rempah kurma dan masak sehingga sedikit garing dan pecah minyak. Boleh tambah sedikit air semasa dalam proses memasak rempah supaya tidak hangus.
  4. Masukkan pula santan cair, telur, kentang, karot dan asam gelugor. Masak sehingga sayuran menjadi empuk dan lembut.
  5. Setelah itu masukkan santan pekat, cili, bawang besar dan tomato. Masak sehingga kuah mendidih dan pekat mengikut tahap selera anda. Jika terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan juga daun ketumbar supaya lebih sedap

Catatan

  • Petua untuk senang kupas kulit telur rebus ialah masukkan sedikit cuka semasa merebus telur, ATAU satu lagi cara yang mudah ialah rendam seketika telur yang baru sahaja di rebus ke dalam air sejuk. Kulit akan mudah dikupas.
  • Boleh juga gunakan santan kotak. Anggaran 1 kotak santan bersama 1 mangkuk air untuk resepi ini.

Selain resepi telur kurma, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai.

Jemput baca dan mencubanya. Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami.

Originally posted 2022-08-29 03:52:31.

Tinggalkan komentar