Resepi Kuey Teow Tom Yam, Mudah & Simple Sedap!

Malam ni tak nak makan nasi jadi terhasilah kuey teow tom yum.

Bagi anda yang ingin mencuba membuat ciptaan anda sendiri dari kuey teow tom yam, resipi di bawah boleh menjadi penyelesaian untuk anda.

Bahan Resepi Kuey Teow Tom Yam Simple

  • 3 Ketul ayam dipotong kecil²
  • 3 Batang sosej dihiris memanjang
  • 1/2 Cawan bunga kubis
  • 1/3 Batang lobak merah
  • 1/2 Cawan cendawan
  • 1 Biji tomato
  • 2 Ulas bawang putih (dicencang)
  • 1/2 Biji bawang besar holand (dihiris)
  • 2 Batang serai dititik
  • 2 Hiris lengkuas
  • 4 Biji cili api diketuk
  • 3 Helai daun limau purut
  • 1 Biji limau nipis (diambil airnya)
  • 2 1/2 Sudu rempah tom yum
  • 1 Kiub pati ayam
  • 1 Sudu kicap ikan @ sotong
  • 1 Sudu teh gula
  • 1 Sudu teh perasa
  • 1 Bungkus kuey teow
  • Air secukupnya
  • Daun ketumbar

Cara Penyediaan Kuey Teow Tom Yam

  1. Didihkan air selepas itu, masukkan bawang putih, bawang besar, lengkuas, cili padi, tomato dan serai biarkan seketika.
  2. Seterusnya masukkan ayam dan sosej juga daun limau purut biarkan mendidih dan ayam masak.
  3. Seterusnya masukkan pes tom yum dan kiub pati ayam bersama bahan perasa lain.
  4. Masukkan sayur biarkan mendidih, masukkan juga jus limau nipis dan rasa dahulu dah kena dgn selera, masukkan kuey teow dan daun ketumbar. Kuey teow boleh diasingkan atau diletak sekali
  5. Dah siap di hidang

Semoga dengan perkongsian resepi ini dapat memberi sedikit manfaat untuk anda.

Kalau tak minat ayam, boleh cuba pula Resepi Tom Yam ala Thai Sedap, Resepi Tom Yam Putih ala Thai atau Resipi Ayam Masak Kurma Simple Selamat mencuba!

Originally posted 2022-08-30 05:24:49.

Tinggalkan komentar