Resepi Kuey Teow Ladna Sedap & Mudah

Makanan Chinese ni nak ikutkan semua sedap-sedap. Sebab tu kat kedai Melayu pun dah banyak ada hidangan makanan cina.

Kuey teow ladna resepi ni salah satu hidangan kuey teow yang sedap dan kena dengan tekak kita.

Kuey teow ni tak sama macam kuah sup biasa sebab kuahnya dibuat pekat likat. 

Masakan ni kebiasaannya disediakan di restoran Thai dan kuahnya pula berwarna jernih tetapi sedikit coklat dari warna sos tiram.

Apa yang membuatkan kuah ini tidak muak adalah cili padi yang diletakkan di dalam kuah. Memang sedap sangat. Selamat mencuba.

Bahan Resepi Kuey Teow Ladna Sedap

  • 500g Kuey teow
  • Kicap manis secukupnya
  • 1 Mangkuk udang
  • 2 Ekor sotong
  • 1 Ketul ayam bahagian dada
  • 4 Ulas bawang putih, diketuk
  • 5 Bili cili padi, diketuk
  • 1/2 Batang karot
  • Segenggam sayur sawi
  • Bunga kobis
  • 1 Biji tomato, potong 6
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 1 Ketul kiub ayam
  • 2 Sudu besar tepung jagung
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya

Bahan Untuk Hiasan (Opsional)

  • Limau kasturi
  • Bawang goreng

Suka makan Kuey Teow ?, anda juga boleh cuba Resepi Char Kuey Teow Sedap dan Resepi Kuey Teow Kungfu Simple & Sedap!


Cara Penyediaan Kuey Teow Ladna

  1. Rebus ayam dan hiris nipis.
  2. Bersihkan udang dan sotong. Buang kulit udang dan sotong potong membulat.
  3. Panaskan sedikit minyak. Gaul rata kuey teow bersama kicap dan masukkan ke dalam kuali. Kacau seketika, angkat dan ketepikan.
  4. Dalam kuali yang sama, panaskan lagi sekali minyak dan masukkan bawang putih bersama cili padi. Goreng sehingga naik bau.
  5. Masukkan sotong, udang dan isi ayam. Kacau sehingga sotong dan udang hampir masak. Masukkan karot dan batang sawi, kemudian diikuti daun sawi, bunga kobis dan tomato.
  6. Tuang air secukupnya dan masak sehingga mendidih. Masukkan kiub ayam, sos tiram dan bancuhan tepung jagung.
  7. Kacau sehingga kuah menjadi pekat. Tuang kuah ke atas kuey teow tadi dan hias dengan limau kasturi dan taburan bawang goreng.
  8. Sedia untuk dihidang

Kalau buat makan malam, confirm makan sampai licin. Kuey teow ladna ni sebenarnya simple je.

Cuma bila dimasukkan banyak bahan tambahan, hidangan terus nampak mewah.

Kalau nak dikurangkan bahan kurang sedap pula. Sebab kadang-kadang air ayam dan udang tu menambahkan lagi rasa kuah. Sayuran juga nak menambahkan elemen rangup.

Lepas ni kalau nak tukar selera dari makanan melayu, bolehlah buat kuey teow ladna sedap dan mudah ni. Pasti anak-anak dan suami suka. Selamat mencuba.


Resepi-Resepi Lain yang Menarik

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-02 00:01:21.

Tinggalkan komentar