Resepi Kuey Teow Kungfu Simple & Sedap!

Suka makan Kuetiau Kungfu? Lepas ni tak perlu lagi nikmati hidangan ini di kedai makan kerana anda boleh hasilkan sendiri sajian Kuetiau Kungfu yang sedap secara homemade.

Apa yang istimewa dengan resepi kuey teow hong kong / kung fu ini adalah kuey teow nya digoreng terlebih dahulu bersama telur dan kuahnya dituang kemudian sejurus sebelum dihidang. Selamat mencuba.

Bahan Resepi Kuey Teow Kungfu Paling Sedap

Bahan Kuey Teow Kungfu ala Thai

  • 1 Paket Kuey Teow, 500g
  • 1-2 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecil Lada Sulah

Bahan Untuk Kuah Kuey Teow Kung fu

  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Mangkuk Fishball Atau Fishcake
  • 1 Mangkuk Kecil Hirisan Isi Ayam
  • 5 Ekor Udang
  • 3 Ekor Sotong
  • Air, Anggaran 3 Cawan
  • Sayur Karot, Hiris Halus Memanjang
  • Bunga Kobis
  • 3 Batang Jagung Muda
  • Sayur pakchoy
  • Lobak merah
  • Baby corn
  • Kobis bunga
  • 1 Sudu Kecil Lada Sulah
  • 1 Sudu Besar Serbuk Pati Ayam
  • Garam Secukup Rasa
  • 1 Biji Tomato, Belah 4
  • 6 Biji Cili Padi, Belah Dua
  • 1 Sudu Besar Tepung Jagung, Bancuh Dengan Sedikit Air
  • Sos tiram
  • Hirisan Daun Bawang
  • Bawang Goreng

Suka makan kuey teow?, anda juga boleh cuba resepi kuey teow tom yam sedap berikut ni.


Cara Penyediaan Kuey Teow Kungfu

Cara Masak Untuk Kuah Kuey Teow

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang putih yang telah dicincang dan tumis sampai garing dan naik baunya.
  3. Kemudian masukkan sos tiram dan kiub ayam. Kacau sebati.
  4. Masukkan air ikut banyak mana anda nak kuahnya.
  5. Masukkan ayam, lobak merah dan baby corn.
  6. Lepas tu masukkan udang, sotong, kobis bunga dan sayur pakchoy.
  7. Biarkan kuah mendidih.
  8. Dan akhir sekali masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air sedikit. Agak-agak anda nak pekat macam mana kuahnya.
  9. Jangan lupa perasakan dengan garam, perisa dan lada sulah. Boleh rasa dulu kuahnya sebab masinnya dah berasa sikit sebelum tu.
  10. Bila dah siap, padamkan api.

Cara Masak Untuk Kuey Teow

  1. Untuk gorengan kuey teow, pecahkan telur 3 biji dalam mangkuk dulu.
  2. Letaklah sedikit lada sulah untuk perasanya. Dan ketuk sebati.
  3. Tuang sikit-sikit telur dalam mangkuk kuey teow dan gaul sebati. Jangan letak habis, agak-agak je sampai kuey teow dah bersalut dengan telur.
  4.  Lepas tu goreng dalam minyak yang panas
  5. Dah garing, boleh angkat dan toskan.
  6. Buat berapa banyak anda nak. Kalau telur habis boleh tambah.

Catatan

  1. Jangan basuh kuey teow lama sangat kerana nanti kuey teow akan jadi lembik dan tak sedap bila digoreng.
  2. Lepas cuci, toskan kuey teow supaya kering air basuhannya.

Tak sabar pula rasa nak makan. Biasanya bila buat gorengan kuey teow tak perlu letak banyak-banyak sangat kuey teow pun.

Sebab bila campur dengan kuah ianya akan lebih kembang dan banyak

Hidangan ini juga sesuai untuk dihidang pada anak-anak rasanya pun tak pedas dan dalam sepinggan menu ni dah cukup lengkap semua khasiat.

Tapi kalau anda nak makan pedas boleh titikkan cili padi dan masukkan dalam kuah masa mendidih.

Sangat sedap. Semoga dengan perkongsian resepi keow teow kungfu ini mendapat memberi anda manfaat dan boleh share juga resepi ini pada kawan -kawan.

Selama mencuba dan selamat menjamu selera.

Originally posted 2022-08-31 03:40:57.

Tinggalkan komentar