Resepi Kuey Teow Goreng Telur Sedap!

Rasa nikmat lain macam bila makan Kuey Teow Goreng Telur di kedai mamak atau restoran, betul tak?

Tapi lagi puas hati kalau buat hasil air tangan kita sendiri dan hidangkan kepada keluarga. Bukan setakat sepinggan, satu kuali pun boleh habis dalam masa sekejap je.

Tak percaya? Hah, sebab tu kami sediakan resepi kuey teow telur goreng viral dari Kak Ros ni. Sedap sangat, ramai yang dah cuba dan terbukti memang menjadi!

Bahan Kuey Teow Goreng Telur

  • 250gm kuey teow kering – rebus extended lembut yang dikehendaki, tapis, ketepikan
  • 4 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 sk serbuk cili/paprika
  • 1/4 kobis kecil – potong
  • sos tiram, sos tomato, garam, gula, ajinomoto, minyak utk menggoreng
  • 1 carrot – potong
  • 1/4 kobis kecil – potong
  • 5 biji telur lagi sedap

Suka makan Kuey Teow ?, anda juga boleh cuba Resepi Char Kuey Teow Sedap dan Resepi Kuey Teow Kungfu Simple & Sedap!


Cara Penyediaan Kuey Teow Goreng Telur

  1. Pecahkan telur, masukkan sedikit garam, pukul sikit, panaskan kuali, dgn sedikit minyak , buat & masak telur masak hancur, ketepikan
  2. Dgn menggunakan kuali yang sama, panaskan minyak secukupnya dalam kuali goreng bawang putih hingga naik bau & sedikit kekuningan, sambil mengacau bahan dalam kuali masukkan sos tiram, kicap, tomato sos, serbuk cili,gula, garam & ajinomoto secukupnya kacau sehingga ia naik sedikit minyak kemudian masukkan carrot, kuetiaw, kacau hingga keseluruhan bahan berpalut, taburkan kobis kacau sampai masak.
  • Akhir sekali taburkan telur masak hancur 1-2 min kacau, tutup api, hidangkan

Sekejap jer dah siap yer, kalo nak tambah kerang pun boleh juga dengan menggoreng kerang terlebih dahulu, selamat mencuba!

Originally posted 2022-09-01 00:54:33.

Tinggalkan komentar