Resepi Kuey Teow Goreng Kicap ‘Marvelous’

Korang suka makan Kuey Teow tak? Kuey Teow ni ada bermacam-macam cara untuk dimasak tau.

Korang boleh buat Kuey Teow Goreng, Kuey Teow Sup, Kuey Teow Ladna, Kuey Teow Hailam dan macam-macam lagilah asalkan boleh masuk ke dalam mulut dan melepasi tekak korang gitu, hihi.

Entry kali ini kami nak kongsikan satu resepi char kuey teow viral yang menjadi kegemaran keluarga kak ros.

Bahan-bahannya mudah, tapi mungkin perlu diberi sedikit perhatian pada beberapa tips untuk mendapatkan Resepi Kuey Teow Goreng Mamak yg sedap. 

Untuk masakan ni, kak ros tak masukkan garam atau gula sebab sos dan kicap dan cukup kesemua rasa masin dan manisnya.

Bahan Resepi Kuey Teow Goreng Sedap

Bahan untuk Resepi Keow Teow Goreng

  • Sedikit minyak masak
  • Bahan-bahan kisar halus (atas)
  • 1-2 Sudu besar cili kisar
  • 2 Keping fish cake, hiris nipis
  • 2 Sudu besar sos cili
  • 1 Sudu besar sos tiram
  • 2 Sudu besar kicap pekat/ caramel
  • 1 Sudu besar sos ikan, jika suka
  • Udang, buang kulit
  • Sedikit air
  • 1/2 Sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1 Pek/ 450 g kuey teow
  • 1 Biji telur
  • Sedikit sos ikan
  • Taugeh
  • Daun kucai
  • Bahan -bahan untuk cili kicap:
  • 5-6 Tangkai cili padiKicap manis secukupnya

Bahan nak Kisar Halus

  • 3 Ulas bawang putih
  • 2 Biji bawang merah kecil
  • 1/2 Mangkuk kecil ikan bilis

Suka makan Kuey Teow ?, anda juga boleh cuba Resepi Kuey Teow Goreng Kicap ‘Marvelous’


Cara Penyediaan Kuey Teow Goreng

Cara penyediaan Kuey Teow Goreng ni kite bagi 2 tahap, yg pertama tahap nak buat kuey teow goreng, yg kedua tahap nak cara untuk cili potong kicap, jom lihat.

Cara untuk Penyediaan Kuey Teow Goreng

  1. Kisar halus semua bahan-bahan.
  2. Panaskan minyak. Masukkan semua bahan kisar halus dan tumis sehingga kekuningan.
  3. Masukkan cili kisar. Masak sehingga garing dan pecah minyak kemudian masukkan hirisan fish cake.
  4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap karamel, sos ikan, udang dan serbuk lada sulah. Kacau-kacau sekejap.
  5. Masukkan kuey teow, kacau sekata dengan bahan tumisan. Tolak kuey teow ke tepi supaya ada ruang di tengah. Pecahkan sebiji telur.
  6. Biar telur sekejap je dan kemudian kacau sikit supaya hancur. Gaul sekata bersama kuey teow.
  7. Masukkan taugeh sedikit demi sedikit. Tambah juga sayur kuchai.
  8. Angkat dan hidang bersama cili potong kicap

Cara Untuk Cili Potong Kicap

  1. Potong cili padi
  2. Tuang kicap manis secukupnya
  3. Perah jus limau nipis. Kacau sebati.

Catatan

  • Kuey Teow haruslah digoreng di atas api yang besar supaya tak mudah lembik dan sedap rasanya.
  • Boleh tuang sedikit minyak atas telur yang dipecahkan supaya kuey teow goreng tak lembik dan telur hancur dan sedikit “garing”.
  • Bila dah masukkan kuchai, jangan goreng lama sangat nanti sayur kuchai jadi liat.

Selamat mencuba! Korang suka tak kuey teow goreng resepi macam ni? Haa kami ada banyak lagi resepi-resepi yang best untuk tatapan korang tau.

Originally posted 2022-08-31 02:40:21.

Tinggalkan komentar