Resepi Ketam Sweet & Sour Chinese Style, Sedap & Simple!

Resipi ‘Ketam Sweet & Sour Chinese Style’ merupakan resipi terakhir yang sempat dikongsikan oleh Siti Sarah sehari sebelum dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke ICU.

Berikut merupakan resipinya yang telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Ameera. 

Menurutnya, sedap sungguh resipi arwah Siti Sarah ini. Semoga bermanfaat buat semua.

Bahan Ketam Sweet & Sour Chinese Style

  • 10 Ekor ketam
  • 6 Ulas bawang putih (cincang)
  • Halia besar ibu jari (cincang)
  • 2 Sudu makan cili kisar kering (atau cili boh)
  • 2 Sudu makan sos cili
  • 2 Sudu makan sos tiram
  • 3 Sudu kecil kicap cair
  • 1 Mangkuk air
  • 1 Sudu makan black vinegar
  • 1 Sudu makan sos tomato
  • Garam secukup rasa
  • 2 Sudu besar tepung jagung (bancuh dengan sedikit air)

Cara Penyediaan Ketam Sweet & Sour Chinese Style

  1. Panaskan minyak. Bawang putih , halia ditumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kisar kering sebanyak 2 sudu .Sukatan ini anak- anak pun boleh makan sama. Nak pedas letak lebih. Tumis sehingga pecah minyak. Arwah masak pakai cili boh. Ikut la masing- masing.
  3. Masukkan sos cili
  4. Masukkan gula
  5. Masukkan sos tiram untuk penyedap rasa.
  6. Kicap cair anggaran 3 sudu kecil.
  7. Untuk berkuah, masukkan air.
  8. Masukkan black vinegar.
  9. Masukkan sos tomato
  10. Letakkan garam secukup rasa.
  11. Kemudian masukkan ketam. Gaul sama rata.
  12. Kemudian dah masak ketam tu masukkan tepung jagung. Masukkan dan gaul.
  13. Kemudian masukkan putih telur. Telur kuning tak pakai.
  14. Gaul rata dan tutup sekejap. Masak dalam 5-6 minit begitu. Dah masak tutup api. Siap dan sedia untuk dihidang.

Hidangkan panas-panas, fuhhh memang mebeles rasa yang sedap gila wooo, Selamat mencoba.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-10 06:15:12.

Tinggalkan komentar