Resepi Ketam Nipah Masak Telur Masin, Emm Sedap!

Pertama kali memasak ketam nipah. Mula-mula macam takut nak masak sebab masa beli tu ketam masih lagi hidup dan duk menguek-nguek.

Di tambah tengok sepitnya yang besar tu. Bertambahlah seram jawabnya. Abang Zarin tengok ketam ni mencecet lari bila ketam ni bergerak. Aduiiiii.

Masa beli ketam ni saya sempat juga bertanya pada tauke tu macam mana nak matikan ketam tu.

Takutlah pulak, bertambah kesian takkanlah nak masak hidup-hidup, tak sampai hati weh. mata dia duk kedip-kedip tengok kita.

Rupanya senang saja, just letak dalam air batu, terus mati. 

Kali ini saya masak ketam telur masin. Biasanya kalau beli ketam bunga saya suka masak lemak, sambal bertelur ataupun goreng kunyit sahaja. Jom tengok resepinya

Bahan Resepi Ketam Telur Masin

  • 2 Ekor Ketam Nipah
  • 4 Sudu besar Mentega
  • 3 Biji Bawang Putih dicincang dadu
  • 6 Btg cili padi dipotong (terpulang kalau nak pedas boleh tambah, tak nak pedas kurangkan)
  • Daun kari lebih kurang setangkai
  • 3-4 biji telur /egg masin direbus (ambil kuningnya sahaja plus 1 biji diambil putihnya- hancurkan)
  • 1/2 tin Susu Cair
  • Sedikit garam jika perlu
  • Sedikit gula jika perlu

Bahan Untuk Goreng Ketam Nipah

  • Dua sudu besar tepung jagung
  • ½ sudu kecil lada sulah
  • Sedikit garam

Suka makan Kitam?, anda juga boleh cuba Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Sedap & Simple & Resepi Ketam Kam Heong Simple dan Sedap Sangat!


Cara Penyediaan Resepi Ketam Masak Telur Masin

  1. Bersihkan ketam dan potong dua. Ketuk-ketuk la sikit bahagian sepit yg keras tu bagi retak. So bila nak mkn nanti senang sikit.
  2. Kemudian kukus ketam hingga 3/4 masak. Bila dah masak, celup isi ketam ke dalam air ais dalam 20 saat.
  3. Tujuannya untuk elakkan ketam tu overcooked dan isinya kekal pejal.
  4. Lumurkan ketam dengan tepung jagung, lada sulah dan garam. Kemudian goreng seketika. Angkat, toskan dan ketepikan.
  5. Cairkan mentega dalam kuali yang panas, kemudian masukkan bawang putih, cili padi, daun kari, dan telur masin.
  6. Kacau-kacau sehingga berbuih. Setelah berbuih masukkan susu cair. Kacau dan kacau lagi biar semuanya sebati.
  7. Tunggu sehingga kuah memekat. Bila dah pekat bolehlah rasa dan tambah apa yang perlu. Gula dan garam biar secukup rasa.
  8. Bila kuah dah secukup rasa, masukkan ketam yg telah digoreng tadi.
  9. Balik-balikkan biar hingga kuahnya mesra, bersalut dan sebati dengan ketam. Boleh tutup api dan siap untuk dihidang!

Mudah sahaja kan nak sediakan resepi masak ketam nipah ini.

Campak-campak je terus siap sup kita. Kalau demam, hirup kuah sup yang panas-panas pasti melegakan. Jadi tunggu apa lagi, jom kita masak sekarang!

Originally posted 2022-09-09 22:25:20.

Tinggalkan komentar