Resepi Ketam Masak Merah Sedap dan Simple!

Sedapnya Ketam Masak Merah perkongsian saudari Nurul Ateekah ni.

Ketam segar memang sangat enak dimasak bermacam cara. Bila dapat ketam isi padat, memang sedap dimasak lemak atau kari.

Tapi tak kurang enaknya kalau masak sambal pecah telur begini. Memang terasa kemanisan isinya. Memang sedap dimakan bersama nasi atau dicicah dengan roti.

Bahan Resepi Ketam Masak Merah

  • 10 ekor ketam – dibelah 4 bahagian
  • 4-5 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3-4 sudu besar cili boh
  • sedikit air
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 biji bawang besar – dimayang bulat

Bahan Kisar Ketam Masak Merah Spesial

  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 batang serai

Cara Penyediaan Ketam Masak Merah Spesial

  1. Masukkan ketam dalam periuk bersama air dan sedikit garam. Rebuskan hingga ketam 3/4 masak. Angkat dan toskan
  2. Tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan cili boh dan tumiskan lagi hingga naik minyak.
  4. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
  5. Setelah mendidih, masukkan ketam dan bawang yang telah dimayang. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Siap untuk dihidang.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-11 11:07:00.

Tinggalkan komentar