Resepi Ketam Masak Lemak Cili Api Sedap & Simple

Teringin nak buat ketam Masak Gulai Lemak Cili Padi Negeri Sembilan yang kaw.

Takde rasa hanyir dan yang pastinya bila makan tu sedap sangat.

BIasa kalau jual dekat kedai sedap je, tapi tak kan hari-hari nak makan Ketam Masak Lemak dekat kedai kan?

Jadi apa kata buat sendiri je dekat rumah menggunakan resepi kat bawah ini.

Bahan Resepi Masak Lemak Cili Api Ketam

  • 3 Ekor ketam segar
  • 1 Batang serai, dititik
  • 1 Helai daun kunyit, carikkan
  • 2 Cawan santan pekat
  • 1 Keping asam gelugor

Bahan untuk Kisar Halus

  • 5 Biji cili api
  • 2 Biji cili merah
  • 1/2 Biji bawang besar
  • 1 Inci kunyit hidup
  • 3 Biji bawang merah
  • 3 Ulas bawang putih
  • Secubit belacan

Suka makan Ketam?, anda juga boleh cuba Resepi Ketam Kam Heong Simple dan Sedap Sangat!


Cara Penyediaan Resepi Masak Lemak Ketam

  1. Bersihkan ketam, dan leraikan bahagian kaki yang bersepit. Ketuk kulit ketam dengan lesung batu sehingga kulit sedikit pecah supaya senang dimakan kemudian.
  2. Gaulkan ketam dengan bahan kisar halus dan masak seketika selama lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan pati santan. Boleh juga dicairkan kuah dengan sedikit air jika terlalu pekat.
  3. Perlahankan api dan kacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa dan masak sehingga mendidih.

Catatan

  • Jika ketam betina yg mempunyai telur anda tidak perlu buang kulit (seperti dalam gambar).
  • Jika ketam biasa, buang kulit dan potong dua bahagian dan leraikan kaki bersepit.

Mudah sahaja kan nak buat Ketam Masak Lemak Cili Padi ini? Main campak-campak je sebenarnya.

Tapi jangan derhaka resepi ya. Tak pasal-pasal lain pula rasanya nanti.

Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi yang ringkas ini kepada kenalan anda ya!

Originally posted 2022-09-09 05:42:16.

Tinggalkan komentar