Resepi Ketam Kam Heong Simple dan Sedap Sangat!

Andai dinikmati di restoran makanan laut, Ketam Masak Kam Heong ini memang mahal rasanya.

Anda sebenarnya boleh masak sendiri di rumah menu enak ini tanpa menggunakan kos mahal.

Sedap tau. Jika tiada ketam nipah, boleh sahaja guna ketam laut biasa. Pun sangat enak dan membuka selera.

Jom cuba resipi perkongsian Hamdan Hayati ni! Anda pasti sukakannya.

Bahan Resepi Ketam Masak Kam Heong

  • 3 Ekor ketam diramas serbuk kunyit dan garam digoreng.
  • * Bawang merah saiz kecil 3 biji
  • * 2 Ulas bawang putih
  • * 4 Sudu besar udang kering rendam sikit supaya lembut
  • 6 – 8 Biji cili kering di hiris agak-agak setengah inci
  • Segenggam daun kari (penting untuk bau)
  • 2 Sudu besar serbuk kari di carikan dengan 2 sudu besar air
  • Dalam 1/4 cawan kicap pekat (saya guna kicap pekat cap tamin)
  • Garam dan ajinomoto secukupnya
  • 3 Sudu besar minyak untuk menumis
  • Beberapa sudu air jika perlu untuk senang menumis
  • Cili api kalau gemar pedas

Suka makan coleslaw?, anda juga boleh cuba Resepi Coleslaw Mudah dan Sedap ala KFC


Cara Penyediaan Ketam Masak Kam Heong

  1. Bahan bertanda * tumbuk dengan batu lesung.
  2. Dalam kuali, panaskan minyak masak dan tumis bahan * yang dah di tumbuk tadi
  3. Naik bau, masukkan serbuk kari yang dah cairkan, di ikuti dengan cili kering dan daun kari. Tumis. Masuk garam dan ajinomoto secukupnya.
  4. Masuk ketam yang dah digoreng dengan kicap sekali. Gaul sampai sekata macam dalam gambar.
  5. Boleh tambah kicap lagi jika perlu, air jika perlu. Agak – agak la. Kam heong kuah pekat sikit.
  6. Siap boleh di hidang dengan nasi putih.

Dah siap tuh. Jangan tunggu lama-lama. Baca doa dan boleh terus makan dengan nasi putih.

Jangan lupa kongsikan resepi ini dengan yang lain ya.

Selain dari resepi ini, kami juga kongsikan resepi-resepi lain yang menarik.

Terima kasih sudi melawat blog kami.

Originally posted 2022-09-09 02:22:34.

Tinggalkan komentar