Resepi Ketam Butter Simple dan Sedap!

Hari ini saya ingin kongsikan resepi yang saya pelajari dari youtube Anis Nabilah yang sangat bersahaja berceloteh sambil memasak.

Masakan ini juga dipesan di kedai memang harganya sangat mahal. Kalau untuk sekilo ketam atau udang bersedialah untuk membayar RM90-100 lebih.

Jom kita layan resepi mudah ini.

Bahan Resepi Ketam Butter

  • 2 Ekor ketam-bersihkan dan potong 2, senang nak makan.
  • 5 Ulas bawang putih-cincang halus
  • 1/2 Biji bawang holland kuning-dadukan
  • 10-15 Helai daun kari
  • 10 Biji cili padi (ikut suka kalau nak pedas)
  • 3 Sudu @ 0 gm butter (cik sue pakai buttercup je)
  • 1/2 Tin susu cair
  • 1 Sudu tepung jagung di bancuh dengan air
  • 1 Sudu gula
  • 1 Keping keju cheesedale atau 2 sudu parutan keju parmesan
    garam

Cara Penyediaan Ketam Butter

  1. Panaskan sedikit minyak masak dan masukkan butter hingga cair, masukkan bawang putih dan bawang merah. Biar sedikit layu, masukkan daun kari dan cili api.
  2. Masukkan susu cair,dengan garam dan gula, biar mendidih dan masukkan bancuhan tepung jagung tuk pekatkan.
  3. Kemudian masukkan ketam dan tabur keje parmesan tadi, gaulkan rata.

Catatan

  • Resepi ni boleh juga di gunakan untuk udang, sotong atau ayam, kalau ayam tu goreng dulu bagi garing.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-11 21:57:34.

Tinggalkan komentar