Resepi Ketam Black Pepper, Emm Sedap!

Kalau melancong ke Sarawak, saya suka sangat makan ketam blackpaper dan cangkuk manis di sana.

Orang sana masak ketam blackpaper memang sedap giler.

Bahan Resepi Masak Ketam Black Pepper

  • 1kg Ketam nipah (Lebih kurang 4-5 ekor)
  • 5 Ulas bawang putih (saya suka letak byk)
  • 1 Sudu besar lada hitam (bagi suka pedas boleh letak lebih)
  • Sos tiram,sedikit kicap pekat
  • Minyak untuk menumis
  • Daun ketumbar (ikut suka)
  • Garam dan gula sesedap rasa
  • 1/2 Cawan air (optional)

Cara Penyediaan Resepi Masakan Ketam Black Pepper

  1. Ketam dicelur dengan air panas sebentar. Dah bertukar warna boleh bersihkan dan dibelah dua.
  2. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang putih.
  3. Dah naik bau masukkan lada hitam, kicap pekat dan sos tiram. Tumis seketika kemudian masukkan air.
  4. Masukkan ketam, garam dan gula. Gaul sebati dan tutup kuali lebih kurang 10 minit.
  5. Dah masak boleh taburkan daun ketumbar dan sedia di hidang.

Hidangkan panas-panas, fuhhh memang mebeles rasa yang sedap gila wooo, Selamat mencoba.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-10 02:14:14.

Tinggalkan komentar