Resepi Kerepek Ketam Rangup Sedap ‘Marvelous’

Kerepek ketam yang jejari ini memang sesuai sangat dijadikan kudapan bila menonton TV atau sambil bersembang. Sekali hadap saja boleh ‘licin’!

Menariknya, resepi kerepek ketam yang dikongsikan oleh Puan Norhayati Hashim ini tersangatlah ringkas.

Kami yakin anda semua boleh mencubanya sendiri di rumah. Mari kita lihat resepi kerepek ketam selengkapnya.

Bahan Resepi Kerepek Ketam

  • 2 Bungkus crab stick
  • 1 Sudu kecil serbuk cukup rasa
  • 1/2 Sudu kecil serbuk lada putih atau hitam
  • 1/2 Sudu kecil serbuk kari
  • 3 Tangkai daun kari
  • Minyak untuk mengoreng

Cara Penyediaan Resepi Kerepek Ketam Rangup

  1. Mula-mula, keluarkan crab stick dari freezer dan rendam dalam air untuk nyahbeku (defrost).
  2. Kemudian, toskan lebihan air dan koyak / siat-siatkan crab stick halus-halus mengikut uratnya.
  3. Seterusnya, perasakan mengikut citarasa anda. Untuk resepi kerepek ketam kali ini saya gunakan serbuk cukup rasa, lada putih / hitam, serbuk kari, dan daun kari.
  4. Bila dah siap diperasakan, bolehlah sedia untuk menggoreng.
  5. Macam biasa panaskan minyak dalam kuali dan goreng crab stick yang dah disiat tadi. Tunggu hingga rangup.
  6. Bila warna dah bertukar keperangan atau golden brown dan teksturnya nampak menjadi rangup, bolehlah diangkat. Toskan minyak dan tunggu sejuk sedikit. Siap dihidang!

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai resipi resipi berkaitan dengan ketam jom simak beberapa maklumat mengenai resipi ketam berikut ni.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-11 03:34:35.

Tinggalkan komentar