Resepi Kerabu Taugeh Kerang Mudah & Sedap

Resepi kali ini merupakan sebuah resepi kerabu yang ringkas. Kerabu adalah sejenis menu sayur yang dimakan mentah selepas ia digaul dengan beberapa bahan lain.

Antara bahan-bahan yang biasa diguna ialah bawang merah, cili api, bunga kantan, kerisik, santan dan banyak lagi bahan-bahan yang biasanya mempunyai aroma yang kuat.

Dalam resepi yang azie kitchen akan kongsikan kali ini, kerabu tauge ini menggunakan isi kerang sebagai ramuan utamanya.

Namun jika anda mempunyai elergik anda boleh singkirkan kerang. Berikut adalah bahan-bahannya dan cara untuk membuat kerabu tauge ini.

Bahan Resepi Kerabu Taugeh Utara

  • 600 Gram taugeh
  • 6-7 Tangkai daun selom, hiris nipis
  • 1 Mangkuk isi kerang rebus
  • 1 Biji bawang besar, belah 6 dan hiris nipis
  • 4-5 Biji cili padi, hiris nipis
  • 1 Sudu kecil perahan air limau nipis

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 1/2 Sudu besar lada hitam
  • 1 Genggam atau 1 mangkuk kecil ikan bilis
  • 4 Ulas bawang merah
  • 1 Cawan santan pekat
  • 3 Biji cili padi
  • 1 Barang serai, ambil bahagian yang lembut sahaja
  • 2 Sudu besar kerisik
  • 2 Sudu besar air bancuhan pekat air asam jawa

Cara Penyediaan Resepi Kerabu Kerang

  1. Celur taugeh dalam air panas selama 1-2 minit. Angkat dan toskan.
  2. Kisar bahan untuk dikisar sehingga halus.
  3. Gaul bahan kisar halus bersama taugeh, daun selom, isi kerang rebus dan bahan-bahan lain. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap untuk dihidang

Jom cuba Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap & Simple pulak.


Catatan

  • Kalau tak ada daun selom, boleh juga masukan daun ulaman lain seperti daun pegaga, pucuk paku atau daun putat. Ikut mana yang anda suka lah.

Kerabu ni sebenarnya salah satu masakan yang sihat. Sebab kita banyak guna sayuran dan paling penting gula tu guna gula organik warna perang.

Rasa dia ada rasa masin, masam, manis, bau macam ikan sikit sebab guna sos ikan.

Kalau agak-agak masih mencari idea makanan sihat tapi sedap gila-gila, ni lah resepinya.

Buat je kerabu. Tak kira kerabu daging, kerabu sayur, kerabu perut, kerabu seafood. Semua boleh.

Kita boleh makan banyak tanpa rasa bersalah.

Originally posted 2022-09-17 03:21:00.

Tinggalkan komentar