Resepi Kerabu Suhun Mudah & Simple, Jom Cuba!

Resepi kerabu suhun merupakan hidangan popular dari Thailand. Kerabu ini ada pelbagai jenis, ada kerabu meggie, kerabu mangga, kerabu sotong dan macam-macam lagi.  

Kali ini kita cuba buat resepi kerabu suhun/ sohun pula. Dah cuba sekali pasti nak lagi.

Resepi ini semakin popular dikalangan orang Malaysia. Sudah pasti ramai yang gemar dengan masakkan thai.

Sebab masakkan thai ni sesuai sangat dengan tekak orang melayu kita. Masam pedas tu perkara biasa.

Kepada para penggemar masakkan ala thai, wajib cuba resepi ni.

Bahan Kerabu Suhun Resepi

  • Daun kubis atau daun ketumbar untuk rasa yang lebih sedap
  • Lobak merah
  • Jus limau nipis
  • Bawang merah (dimayang)
  • Cili merah (dihiris nipis)
  • Cili merah (dihiris nipis)
  • Kerang
  • Sotong
  • Gula
  • Garam
  • Cuka
  • Sos ikan
  • Perencah secukup rasa

Cara Penyediaan Kerabu Suhun Sedap

  1. Sediakan sayur-sayuran dan celurkan suhun, kerang dan sotong. Angkat dan ketepikan.
  2. Sediakan bekas dan masukkan gula, garam, secukup rasa, cuka dan sos ikan. Gaul hingga rata.
  3. Masukkan sayur-sayuran, kerang dan sotong. Boleh tambah rasa jika tak kena dengan citarasa.
  4. Masukkan suhun yang di celur dalam bekas tadi. Gaul hingga semua sebati dan rasa.
  5. Bila semua bahan sudah sebati dan cukup rasa, boleh dihidangkan.

Memang kecur air liur dibuatnya. Tengok gambar pun dah tahu memang sedap. Jika anda ingin kurangkan rasa yang pedas, boleh lah kurangkan cili, rasanya tetap just nice.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-18 02:47:00.

Tinggalkan komentar