Resepi Kerabu Perut Thai Simple dan Sedap

Bagi penggemar kerabu, sajian kerabu perut pastinya menjadi pilihan dan kegemaran pada setiap masa.

Rasanya yang kenyal, masam, pedas dan berperisa memang menaikkan selera.

Kalau badan dan tekak rasa tidak sihat, suapan kerabu ini mampu memberikan rasa yang berbeza. Jom cuba!

Bahan Resepi Kerabu Perut Thai

  • 1/2 Kg perut lembu telah direbus
  • 2 Batang serai (mayang halus)
  • 1 Biji bawang besar (mayang halus)
  • 1/2 Batang bunga kantan (mayang halus)
  • 1 Biji buah tomato (potong kecil)
  • 10 Biji cili padi (mayang halus)
  • 1 Biji limau nipis (perah jusnya)
  • Cuka secukup rasa
  • Sos ikan/sotong secukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Kerabu Perut Thai

  1. Perut lembu yang telah direbus dihiris kecil dan memanjang, kemudian ketepikan.
  2. Campur perut yang telah dihiris bersama hirisan bawang, serai, bunga kantan. Cili padi dan tomato.
  3. Dalam mangkuk lain campurkan garam, gula cuka dan perahan jus limau nipis.
  4. Kacau rata, kemudian tuangkan dalam mangkuk berisi bahan hirisan tadi.
  5. Sekali lagi gaul rata.
  6. Setelah secukup rasa, kerabu perut.
  7. Sedia dihidangkan.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-19 00:23:43.

Tinggalkan komentar