Resepi Kerabu Pegaga Sangat Sedap, Jom Cuba!

Resipi kerabu pegaga ini memang sedap. Boleh dimakan begitu sahaja atau bersama nasi.

Jom cuba resipi yang mudah dan tidak menggunakan banyak bahan ini.

Bahan Kerabu Pegaga

  • 300 g daun pegaga 
  • 1 Cawan kelapa parut (Ambil putih sahaja) 
  • 1 Labu bawang besar (Dihiris) 
  • 1 Sudu makan gula pasir 
  • 7 Biji limau kesturi

Bahan Untuk Sambal Kerabu Pegaga

  • 3 Biji cili merah 
  • 3 Biji cili api (Sekiranya suka) 
  • 3 Biji bawang merah 
  • 1 Cawan ikan bilis 
  • 1 Sudu teh belacan 
  • Garam secukup rasa

Cara Penyediaan Kerabu Pegaga

  1. Bersihkan daun pegaga dan hiris halus. 
  2. Masukkan semua bahan sambal dan kelapa parut ke dalam kuali. Panaskan sehingga sambal nampak kering. Kemudian tutupkan api. 
  3. Masukkan daun pegaga dan bawang besar. 
  4. Kacau rata dan perahkan limau kesturi. Rasakan garamnya. 
  5. Hidangkan bersama nasi putih, emm sedap!

Pegaga sangat berkhasiat kerana ianya berfungsi sebagai  agen pembersih darah, membantu pembentukan tisu, penyembuh luka serta untuk awet muda. 

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-19 04:17:00.

Tinggalkan komentar