Resepi Kerabu Mangga Thai Sedap & Simple

Aneka kerabu sudah menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Selain enak dimakan, ianya terkenal kerana amat mudah untuk disediakan.

Sesiapa sahaja boleh cuba menyediakannya sendiri di rumah.

Dengan beberapa bahan sahaja yang digunakan, ini dia resepi kerabu mangga thailand yang telah dikongsikan oleh azie kitchen.

Ringkas dan sedap, anda wajib mencubanya bila berkesempatan.

Bahan Kerabu Mangga Resepi

  • Mangga (diracik)
  • Udang kering (disangai & kisar kasar)
  • Kacang goreng (ditumbuk)
  • Bawang merah (dihiris)
  • Serai
  • Cili padi
  • Air limau nipis
  • Daun kesum
  • Bunga kantan
  • Sos sotong @ ikan
  • Garam
  • Gula secukup rasa

Cara Penyediaan Resepi Kerabu Mangga Simple

  1. Hiris mangga dimayang halus, kemudian campurkan semua sekali. Gaul sehingga sebati dan masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Sesuaikan mengikut citarasa masing-masing.
  3. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi kerabu mangga ala thai ini teramat mudah, kan? Selain sesuai dimakan bersama nasi putih, anda juga boleh meratahnya dengan begitu sahaja.

Dijamin akan berpuas hati. Jangan terlepas untuk merasainya, sememangnya sama sedap dengan yang dihidangkan di mana-mana kedai makan yang menghidangkan masakan Thailand.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-17 23:30:40.

Tinggalkan komentar