Resepi Kerabu Maggi Thai Sedap & Simple, Wajib Cuba!

Kerabu meggi ni pernah viral seketika dulu. Namun peminatnya tetap ada sampai sekarang.

Kerabu mi segera atau kerabu maggi ini mempunyai rasa yang masam-masam pedas yang boleh membangkitkan selera sesiap sahaja terutama sekali buat anda yang ‘hantu pedas’.

Bukan sahaja mengenyangkan dan boleh dimakan pada bila-bila waktu, juadah ini sebenarnya tidak sukar untuk dibuat sendiri jika anda tahu teknik yang betul.

Jom kita cuba buat kerabu maggi Thai yang ‘confirm’ rasa macam di Thailand!

Bahan Resepi Kerabu Maggie Thai

  • 2 Bungkus mee segera Thai (yang plastik bewarna merah tu)
  • Udang 8 ekor yang dibuang kulit
  • Sotong 3 ekor saiz sederhana yang dah siap dipotong kecil
  • Isi ketam 6 batang dipotong 2 atau 3
  • Sosej 1 batang dipotong nipis (yang ni terpulang nak letak ke tak)
  • Air perahan limau nipis 2 sudu besar (atau sebiji limau nipis)
  • Cuka makan 2 sudu besar
  • Sos cili Thai 2 sudu besar (sos manis Thai)
  • Sos ikan 2 sudu besar
  • Gula ½ sudu besar
  • Ajinomoto ½ sudu kecil
  • Tomato 1 biji dipotong dadu
  • Bawang merah 1 biji dipotong dadu
  • Cili padi 4 biji dipotong kecil
  • Lobak merah ½ batang diparut halus
  • Kobis ungu di hiris nipis
  • Daun ketumbar 2 tangkai dihiris halus

Cara Buat Kerabu Maggi Resepi

  1. Mula-mula rebus mee segera Thai dalam 1-2 minit atau sampai lembut.
  2. Rebus tu jangan terlalu kembang pula.
  3. Selepas dah lembut, boleh angkat dan toskan. Ketepikan.
  4. Selepas tu rebus pula lauknya iaitu udang, sotong, isi ketam dan sosej sampai masak. Kalau tak nak buat seafood, boleh juga gantikan dengan ayam.
  5. Lepas dah rebus, boleh toskan dan masukkan terus lauk ni ke dalam bekas mee segera yang dah direbus tadi.
  6. Kemudian masukkan kesemua bahan lain pula iaitu bawang, cili api, tomato, kobis, lobak merah dan daun ketumbar.
  7. Seterusnya perahkan air limau nipis ke dalamnya.
  8. Tuangkan juga cuka makan.  Cuka ni bagi rasa masam, jadi kalau nak kurangkan masam, anda boleh adjust kuantitinya.
  9. Masukkan pula sos ikan.
  10. Juga masukkan sos cili Thai. Ikut suka nak guna brand sos cili Thai yang mana anda suka.
  11. Kemudian masukkan gula dan ajinomoto. Boleh rasa dulu anda nak letak banyak mana. Tahap manis ikut suka.
  12. Dan akhirnya sekali, masukkan perencah yang ada di dalam mee segera Thai tu. Masukkan je semua.
  13. Dah letakkan semua bahan, boleh gaul sehingga sekata.
  14. Sedia untuk dihidangkan. Taburkanlah sikit daun ketumbar untuk cantikkan lagi hidangan.

Catatan

Tengok je pun dah tergoda kan? Kalau lihat bahan-bahannya dah boleh bayangkan rasa masam, masin, dan manisnya.

  • Untuk tahu udang dah masak atau belum, udang akan bertukar warna oren dan kepala bengkok bertemu ekor.
  • Bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak, jadi meggi tak kembang sangat nanti.

Kalau anda nak lebih pedas, boleh lebihkan cili padi.

Tapi dengan bahan-bahan ni pun, rasa dia dah cukup sedap dah! Pedas sangat pun tak sedap juga.

Kalau anda penggemar masakan Thai, kerabu maggi versi mee segera Thai ni memang boleh dilayan untuk hilangkan craving. Boleh leka kita makan semangkuk.

Dan masa nak buat tu, pastikan anda guna bahan atau sayuran yang masih segar, confirm makan tak pandang kiri kanan dah. Nanti jangan lupa mencubanya!

Originally posted 2022-09-17 03:01:00.

Tinggalkan komentar