Resepi Kerabu Kacang Botol Sedap Sangat, Simple Pula!

Sesiapa yang suka makan ulam-ulaman pasti suka resepi kerabu kacang botol sedap.

Mesti ramai juga yang tak tahu akan kewujudan resepi ni. Tapi jangan terkejut kerana memang ramai sukakan juadah ni.

Dah la rasanya memang sedap. Malah cara penyediaannya memang mudah, cepat dan sihat. Yer la kita guna kacang botol yang semua tahu memang menyihatkan.

Kalau sesiapa yang belum cuba juadah ni. Anda memang kena cuba tau. Gerenti sekali cuba pasti nak lagi dan lagi.

Bahan Kerabu Kacang Botol Resepi

  • 10-15 Kacang botol
  • 4-5 Tangkai cili padi – hiris
  • 1 Tangkai cili merah  – hiris
  • 5 Biji bawang merah – hiris
  • 1 Ekor ikan kembung 
  • 3/4 Kotak santan kotak – campur dengan air secukupnya
  • 1 Cawan kelapa – goreng sehingga keperangan
  • 2 Biji buah limau nipis 
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan Kerabu Kacang Botol

  1. Kacang botol di hiris halus. Ikan bakar diambil isinya dan dicarik halus.
  2. Goreng kelapa parut sehingga keperangan. Tumbuk kasar kasar.
  3. Satukan semua bahan dan kacau rata. 
  4. Masukkan garam dan gula.
  5. Akhir sekali, perahkan jus limau secukup rasa.
  6. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

Semoga perkongsian mengenai resepi ni dapat memberikan manfaat buat kita semua.

Jangan lupa untuk kongsikan resepi ini dengan yang tersayang. Yakin pada diri kita yang kita semua boleh memasak.

Kalau tak tahu kena belajar daripada orang yang tahu. Do not give up okay? Selamat mencuba.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. 

  1. Resepi Kerabu Daun Selom
  2. Resepi Kerabu Pegaga
  3. Resepi Kerabu Perut Thai

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-20 01:25:27.

Tinggalkan komentar