Resepi Kerabu Jantung Pisang Sedap & Simple

Lamanya tak makan kerabu jantung pisang kan. Banyak manfaat yang dimiliki jantung pisang antaranya vitamin A, vitamin B1, vitamin C dan sebagainya.

Jantung pisang berfungsi untuk mencegah daripada penyakit strok, kolesterol, kanser dan sebagainya.

Jadi berdasarkan khasiat dan manfaat yang saya beritahu ni boleh la cuba amalkan.

Hebat kan pokok pisang? Semua yang ada padanya mengandungi manfaat yang luar biasa.

Tak perlu lama cakap, jom mulakan je Resepi Kerabu Jantung Pisang sedap berikut ni. selamat mencuba.

Bahan Resepi Kerabu Jantung Pisang

  • 1-2 biji jantung pisang – rebus empuk dan hiris
  • 2 biji cili merah – mayang halus
  • 1 labu bawang besar – mayang halus
  • 1/2 sudu makan air asam
  • 2 biji tomato – cincang nipis
  • 4 biji cili padi – mayang halus
  • 1 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukupnya

Cara Penyediaan Kerabu Jantung Pisang

  1. Satukan semua bahan di dalam mangkuk.
  2. Gaul sebati kesemuanya.
  3. Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.
  4. Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.

Semoga sedikit perkongsian yang diberikan memberi manfaat bukan sahaja untuk diri malah orang lain.

Kongsikan resepi di atas untuk yang tersayang. Cuba jangan tak cuba tau.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-18 04:07:00.

Tinggalkan komentar