Resepi Kerabu Daun Selom Mudah dan Sedap

Tercari-cari menu sayuran apa yang ingin dihidangkan kepada keluarga, apa kata sediakan sahaja kerabu Daun Selom ini.

Bukan sahaja mudah disediakan dan apa yang penting rasanya juga cukup menyelerakan dan kaya dengan khasiat.

Bahan Resepi Kerabu Daun Selom

Bahan Resepi Untuk Sambal

  • ½ biji kelapa(parut)
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 2 ulas bawang merah
  • Sedikit udang kering
  • Sedikit isi cekur
  • 2 biji limau kasturi
  • 1 sudu kecil kerisik
  • Sedikit garam

Bahan Resepi Untuk Ulam

  • Daun Selom – hiris halus
  • Kacang botol – hiris halus
  • Daun Cekur – hiris halus
  • Kacang Panjang – hiris halus
  • Bunga kantan – hiris halus
  • Bawang kecil – hiris halus
  • Tauge-celur

Cara Penyediaan Kerabu Daun Selom

  1. Tumbuk cili merah, bawang, cili api, udang kering, isi cekur hingga lumat
  2. Masak dalam kuali (tanpa minyak)
  3. Masukkan kelapa parut. Kacau
  4. Perah limau kasturi
  5. Masukkan kerisik dan garam
  6. Kacau sampai kering dan biarkan sejuk

Gaul sambal yang telah sejuk dengan ulam-ulam yang telah disediakan. Mudah sajakan?

Terima kasih kepada Cik Azriey kerana sudi berkongsi resipi kerabu daun selom

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba. Confirm menjadi punya! Jangan lupa juga untuk kongsikan resepi ini!

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-19 04:26:00.

Tinggalkan komentar