Resepi Kerabu Bunga Kantan Sedap & Mudah

Kerabu ni memang penaik selera kalau dah tak tahu nak makan apa. Rasa masam-masam tu memang pelengkap menu atas meja. Ratah macam tu pun dah sedap sangatlah!

Dekat Malaysia memang macam-macam jenis kerabu boleh korang jumpa.

Bahan biasa yang digunakan dalam kerabu ialah bawang merah, cili api, asam limau dan kerisik. Gabungan boleh berbeza ikut jenis kerabu yang korang nak masak.

Macam yang sis nak share hari ni, kerabu yang sis rasa rare lah. Tak pernah sis jumpa lagi. Tapi bila tengok gambar, aduh kecur air liur!

Ini Resepi Kerabu Bunga Kantan Ikan Bilis versi Puan Akma Abdullah. Katanya dah makan memang tak cukup sepinggan nasi tu.

Bahan Kerabu Bunga Kantan

  • Ikan bilis secukupnya.
  • Bunga kantan secukupnya.
  • Serai dan tomato secukupnya.
  • Bawang besar dan cili secukupnya.
  • Jus Lemon (boleh gantikan dengan limau nipis).
  • Sos ikan dan Garam.

Cara Penyediaan Kerabu Bunga Kantan

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sampai garing.
  2. Masukkan bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, cili, sos ikan, perahan lemon dan garam dalam mangkuk dan gaul rata.
  3. Masukkan ikan bilis dalam mangkuk tadi dan gaul rata. Tips: garam jangan letak banyak sebab ikan bilis dan sos ikan dah masin.
  4. Dah siap. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Catatan

  • Tips nak sedap, jangan letak garam banyak sebab ikan bilis dan sos ikan tu dah masin. 

Menarik kan? Ramai juga yang dah cuba dan kata memang terbukti sedap. 

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-20 03:05:25.

Tinggalkan komentar