Resepi Kerabu Betik Muda ala Thai Sedap

Sedapnya Kerabu Betik Muda perkongsian saudari ayahda mamak haji ni.

Bagi penggemar sajian Thailand, menu ni antara yang patut anda cua hasilkan sendiri di rumah.

Bahan-bahannya sangat udah dan senang diperolehi. Paling penting, ada betik mengkal. Barulah menjadi.

Lepas ni tak perlu dah beli Somtam di kedai. Masak je sendiri di rumah. Selamat mencuba!

Bahan Kerabu Betik Muda Sedap

  • 1 Biji betik muda disagat 2 cawan penuh.
  • 2 Ulas bawang putih.
  • 3- 4 Cili padi merah – terpulang kepedasan yang anda kehendaki.
  • 5 Biji tomato cherry – kecil.
  • 1 Sudu besar udang kering.
  • 1 dan 1/2 sudu besar sos ikan.
  • 4-5 Utas kacang panjang muda yang rangup.
  • 1 Biji limau nipis diambil jusnya.
  • 2 Sudu besar gula kabung/gula melaka atau gula pasir.
  • 2 Sudu besar kacang tanah goreng.

Cara Penyediaan Kerabu Betik Muda Mudah

  1. Kupas kulit betik, buang semua bijinya. Sagat betik dengan penyagat. Tentukan betik muda ini betul-betul muda..jangan ada kemerahan isinya.
  2. Patah-patahkan kacang panjang dalam 2 inchi panjang kacang panjang bila dipatahkan perlu ada bunyi kruuk menunjukkan kacang panjang ranggup sesuai utk ulam. Masukkan dalam bekas betik telah sagat.
  3. Masukkan udang kering yang telah basuh, cili padi dan bawang putih kedalam lesung marmar Thai, batu lesung boleh juga tapi jangan tumbuk kuat, kita nak hasil yang kasar saja.
  4. Batu lesung Thai ini sesuai kerana kita boleh masukkan semua bahan ini kedalam dan boleh adunkan sebati.
  5. Selepas lenyek ketiga-tiga bahan di atas..sekarang masukkan kedalam lesung thai ini gula kabung atau gula merah,adunkan serata, masukkan sos ikan dan jus limau nipis, adunkan serata.
  6. Dalam lesung Thai ini juga masukkan tomato cherry dan lenyek. bila lenyek masukkan pula betik yg telah sagat dan juga kacang panjang. Rasa garam dan gula kalau tak cukup garam tambah sikit sos ikan dan gula.
  7. Hidangkan di kelopak kobis dipingan anda dengan taburkan kacang tanah goreng di atas hidangan. Selamat mencuba.

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah & sedap di laman web Resipikejayaan ni :

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-20 05:21:00.

Tinggalkan komentar