Resepi Kangkung Goreng Belacan Sedap

Siapa yang tidak pernah makan kangkung goreng belacan?

Masakan ini sangat popular terutamanya di kampung dan restoran yang menyediakan masakan panas.

Sangat sesuai dimakan dengan nasi putih, maka tidak hairanlah jika kangkung goreng belacan menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Di sini kami berkongsi resepi masakan kangkung goreng belacan yang mudah dan cepat disediakan ini. 

Bahan Kangkung Belacan Resepi

  • Sayur kangkung, 1 ikat
  • 1 Sudu kecil tepung jagung (jadikan pes)
  • 3 Sudu besar minyak masak
  • Sedikit kicap
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bahan kisar kasar:
  • 4-5 Tangkai cili padi
  • 1 Biji cili merah
  • 1 Cm belacan
  • Sedikit ikan bilis
  • 3 Ulas bawang merah
  • 2 Ulas bawang putih

Cara Penyediaan Resepi Kangkung Goreng Belacan

  1. Bersihkan kangkung dan potong kasar. Asingkan bahagian batang dan daunnya.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar sehingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan kangkung bahagian batang dan goreng sehingga sedikit layu, kemudian masukkan pula bahagian daun.
  4. Masukkan sedikit air, kicap, garam, gula dan pes tepung jagung.
  5. Kacau seketika, jangan sampai sayur terlebih masak. Angkat dan hidangkan

Catatan

  • Masakan sayur kangkung harus dimasak dengan pantas. Pastikan bahan-bahan semua sudah tersedia sebelum anda mula memasak. Jika terlebih masak, sayur akan lembik dan tak sedap lagi.

Dengan hanya mengambil masa lebih kurang 10-15 minit, masakan kegemaran rakyat Malaysia ini sedia dimakan.

Resepi sayur kangkung ini juga dapat menjadi sebahagian diet yang yang diperlukan oleh tubuh kita.

Ingin mencuba lagi resepi lain? Di sini kami sertakan beberapa lagi resepi yang boleh anda cuba.

Jom share artikel ini jika bermanfaat.

Originally posted 2022-09-25 01:43:59.

Tinggalkan komentar