Resepi Jejari Oat Rangup Sedap untuk Diet

Puas rasanya dapat nikmati biskut raya yang rangup dan memenuhi citarasa. Memang boleh habis sebalang kalau asyik menghadap biskut ni.

Kos membeli pun boleh tahan tinggi. Apa kata kalau dah suka dengan biskut yang ini membuatnya sendiri dengan citarasa masing-masing.

Bahan Resepi Biskuit Jejari Oat Rangup

  • 100 Gram butter/majerin (setengah cawan)
  • 25 Gram minyak sapi (Kalau tidak pakai minyak sapi, butter @ majerin kena jadikan 125 gram)
  • 125 Tepung gandum (1 cawan)
  • 1 Cawan oat yang dikisar halus
  • 125g @ setengah cawan gula halus
  • 2 Sudu makan serbuk koko
  • Susu tepung secukupnya

Cara Penyediaan Biskuit Jejari Oat Rangup

  1. Mula-mula kacau butter/majerin, minyak sapi dan gula sampai sebati.
  2. Masukkan semua bahan A sedikit demi sedikit, kacau sampai jado doh (adunan memang lembut).
  3. Boleh dibentukkan ikut suka. Boleh tekap pakai acuan atau potong-potong jadi petak.
  4. Bakar selama 15-20 minit dengan api atas bawah suhu 160-170 °C (mengikut oven masing-masing). Biskut yang baru masak lembut sedikit waktu panas.
  5. Biarkan sejuk sekejap dalam 10 minit baru boleh gaul dengan susu tepung.
  6. Sejukkan sepenuhnya dan simpan dalam bekas kedap udara.

Selain resepi jejari oats, kami juga menulis resepi lain yang mendapat perkongsian ramai. Jemput baca dan mencubanya.

Terima kasih telah berkunjung ke laman web kami. Jangan lupa like dan share resepi ini ya.

Originally posted 2022-09-12 23:17:57.

Tinggalkan komentar