Resepi Ikan Tongkol Masak Kari ala Kak Ros

Kalau cakap pasal negeri utara ni mesti terfikir pasal masakan kari. Mana taknya, sampai ada yang sanggup travel dari jauh semata-mata nak makan kari mamak di utara, sebab rasanya lebih padu.

Kali ni bukan nak cerita pasal kari mamak di sana tapi kali cerita pasal Kari Ikan Tongkol yang sedap memikat si pengemar kari

Ikan tongkol masak kari memang sedap disukai ramai. Sesuai sebagai lauk untuk makan tengahari atau malam.

Berikut kami kongsikan resipi kari ikan tongkol lazat.

Bahan Resepi Ikan Tongkol Masak Kari

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak kari ikan tongkol.

Selain ikan tongkol, jenis ikan lain yang sesuai untuk kari ialah ikan kembung, ikan bawal dan ikan kerapu.

Bahan Ikan Tongkol Masak Kari

  • 8 Kepingan Ikan Tongkol Yang Telah Dibersihkan – Gaul Dengan Sedikit Garam Dan Kunyit – Ketepikan
  • 6 Sudu Makan Serbuk Kari Ikan
  • 4 Sudu Makan Cili Kisar
  • 2 Cawan Santan Cair
  • 1 Cawan Santan Pekat
  • 15 Biji Kacang Bendi – Kerat Batang dan Ekor
  • 2 Biji Cili Merah – Belah 2
  • 2 Pelepah Daun Kari – Lurutkan Daunnya dari Tangkai
  • 1 Sudu Teh Pati Asam Jawa
  • Garam / Gula / Peras Pilihan Secukupnya
  • Minyak Seperlunnya

Bahan Tumbuk Ikan Tongkol Masak Kari

  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 7 Biji Bawang Merah
  • 2cm Halia

Suka makan nak masak Ikan Kari?, Jom anda juga boleh cuba Resepi Ikan Merah Masak Kari & Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari


Cara Penyediaan Ikan Tongkol Masak Kari

  1. Goreng separuh masak ikan tongkol dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis semua bahan tumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan gaul rata. Gunakan api sederhana panas dan biarkan sehingga bahan tumisan pecah minyak.
  4. Masukkan serbuk kari ikan – jika suka boleh bancuh dengan sedikit air terlebih dahulu, tetapi Amie biasanya masukkan terus serbuk kari ke dalam kuali (gunakan api perlahan), dan bila naik baunya, tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
  5. Masukkan daun kari dan biarkan layu kemudian tambah santan cair.
  6. Setelah santan cair mendidih, masukkan ikan tongkol.
  7. Apabila kuah mula pekat, tambahkan santan pekat dan biarkan mendidih sekali lagi.
  8. Masukkan kacang bendi dan cili merah, garam / gula / peras pilihan secukupnya.
  9. Tutup api dapur apabila kacang bendi telah berubah warna.

Dah jadi, Kari ikan tongkol sedap dijadikan lauk untuk nasi putih atau nasi dagang. Buat cicah roti canai pun sedap.

Jom Baca : Resepi Ikan Pari Masak Kari ala Kak Ros


Catatan

Kuantiti kepekatan kuah terpulang kepada citarasa sendiri, jika lebih suka kuah kari pekat boleh dilebihkan bawang kisar semasa menumis atau kurangkan kuantiti air ketika memasak.

Banyak cara untuk memasak kari, ada yang dimasak dengan santan dan tanpa santan.

Boleh terangkatlah bila dah cuba Kari Ikan tongkol ni, lepas ni dah tak perlu nak pergi utara semata-mata nak makan Kari je, sampai jumpa diresepi sedap berikutnya. Selamat mencuba bagi pengemar kari!

Originally posted 2022-08-23 23:54:58.

Tinggalkan komentar