Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari ala Kak Ros!

Resipi yang biasa mak-mak buat dengan ikan tenggiri tentulah masak kari.

Masakan kegemaran ramai kerana kuahnya yang berempah dan pekat.

Selain dimakan dengan nasi putih, kari ikan sedap dicicah dengan roti canai atau roti putih.

Masya Allah sedap. Lama juga saya belajar menyediakan kari kerana saya memang dibesarkan dengan tidak pernah makan kari ikan.

Tidak pernah. Kalau ikan, hanya dimasak lemak, dimasak singgang , dibakar atau digoreng sahaja.   

Jom layan resepi di bawah ini. Jangan lupa untuk follow blog saya jangan lupa juga untuk klik iklan yang keluar di blog saya. Selamat mencuba.

Bahan Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari

Bahan Pokok Ikan Tenggiri Masak Kari

  • 6 Keping Ikan Tenggiri
  • 2 Biji Tomato, Belah 4
  • 2 Keping Asam Gelugor
  • 1 Tangkai Cili Merah- Belah 2
  • 1 Tangkai Cili Hijau- Belah 2
  • 2 Sudu Besar Rempah Kari Ikan *
  • 2 Sudu Besar Rempah Kari Daging *(*Di Bancuh Dengan Sedikit Air)
  • 2 Sudu Besar Cili Kisar
  • 1 Cawan Santan Pekat
  • Air Secukupnya
  • Garam Dan Gula Secukup Rasa
  • Minyak Utk Menumis

Bahan Tumis Untuk Masak Kari Ikan Tenggiri

  • 2 Biji Bawang Merah, Hiris Halus
  • 2 Ulas Bawang Putih, Hiris Halus
  • 2 Tangkai Daun Kari, Dilurut
  • 1 Sudu Kecil Halba Campur
  • 1 Batang Serai- Di Ketuk

Bahan Kisar Untuk Masak Kari Ikan Tenggiri

  • 1 Biji Bawang Besar
  • 4 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • 2 Biji Buah Keras

Suka makan Ikan Kari?, anda juga boleh cuba Resepi Ikan Merah Masak Kari & Resepi Ikan Pari Masak Kari


Cara Penyediaan Ikan Tenggiri Masak Kari

  1. Ikan di cuci dan toskan. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili masak.
  2. Masukkan bahan2 kisar dan gaul sebati. Masukkan rempah kari yg di bancuh dngn air.
  3. Tumis lagi sehingga terbit minyak. Masa ni guna api sederhana je dan setiasalah di kacau. Tuang air dlm 1 cawan dan biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan dan tambah air jika perlu. Masukkan asam gelugor, santan dan gaul perlahan.
  5. Masukkan buah tomato, cili merah, cili hijau yg di belah 2, garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih lagi. Siap, boleh tutup api dan bolehlah di hidangkan.

Originally posted 2022-08-23 05:38:00.

Tinggalkan komentar