Resepi Ikan Sweet Sour Chinese Style

Resipi Ikan Sweat Sour adalah resepi yang terkenal di kalangan masyarakat Cina.

Ikan yg sering digunakan dlm resepi ini ialah Ikan kerapu dan Ikan Siakap, berat ikan yang sesuai sekitar dlm 1kg, kalau ikan itu besar sangat isi nya tak molek.

Rasa masakan ini pasti lazat jika anda memilih ikan yang segar.

Tak nak buang masa lagi, jom kita tengok resepi siakap sweet sour berikut ni.

Untuk Ikan Siakap boleh juga di gantikan dengan ikan talapia dan ikan bawal.

Tetapi pada kesempatan ini, kita nak gunakan ikan siakap, Jom kita lihat maklumat berikut mengenai resepi ikan sweet sour chinese style.

Bahan Resepi Ikan Sweet Sour Chinese Style

Bahan Ikan Sweet Sour Chinese Style

  • 1 Biji Tomato
  • 1 Sudu Kecil Sos Ikan
  • 2 Sudu Besar Sos Cili
  • 1 Biji Bawang Besar, Potong Bulat
  • 2 Sudu Besar Cili Giling
  • Semangkuk Kecil Nenas
  • Daung Bawang Untuk Hiasan

Bahan Untuk di Cincang

  • 2 Ulas Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 2 Cm Halia

Cara Penyediaan Ikan Sweet Sour Chinese Style

  1. Ikan di goreng garing dalam kuali.
  2. Dalam kuali berasingan, panaskan minyak dan tumis bawang merah, putih, dan halia yang di cincang.
  3. Masukkan tomato yang dihiris kasar,kemudia masukkan sos cili.
  4. Campurkan sedikit air dan biarkan mendidih.
  5. masukkan sedikit sos ikan dan nenas serta bawang besar.
  6. masukkan gula dan garam secukup rasa
  7. Apabila masak, tuangkan kuah ke atas ikan dan hiaskan dengan hirisan daun bawang

Catatan

  1. Untuk mendapatkan rasa masam manis yang sedap, gunakan tomato ceri.

Simple je nak buat, tapi hasilnya dah macam makan dekat restoran.

Memang jimat dan sesuai sangat untuk seisi keluarga.

So lepas ni bolehlah pergi cari bahan dan cuba resepi ikan siakap sweet sour ni dekat rumah ok!

Kalau suka makan siakap, anda juga boleh cuba Resepi Ikan Siakap Stim Limau & Resepi Ikan Siakap Stim Halia Chinese Style

Originally posted 2022-08-21 09:35:33.

Tinggalkan komentar