Resepi Ikan Siakap Stim Limau, Sedap!

Resepi siakap stim limau ni memang mudah disediakan, orang bujang pun confirm boleh buat.

Ia adalah salah satu hidangan yang sangat terkenal di negara jiran kita, Thailand.

Selain rasa dan baunya yang menyelerakan, ia juga sihat sebab tak menggunakan setitik minyak pun tau!

Jadi, jom kita cuba resepi siakap stim limau ala Thai berikut ini.

Jangan risau kalau tak ada pengukus, boleh je masak guna kuali macam cara yang ditunjukkan nanti.

Resepi Ikan Stim Limau

Ada 3 bahagian, mula2 kita bersihkan dan steam ikan.

Kemudian kita potong semua bahan, dan seterusnya kita sediakan kuah cili untuk dituang ke atas ikan.

Bahan Resepi Ikan Siakap Masak Stim Limau

  • 1 Ekor Ikan Siakap
  • 1 Mangkuk Besar Air
  • 1 Sudu Besar Parutan Gula Melaka/Thai Palm Sugar
  • 1-2 Sudu Besar Sos Ikan
  • 1/2 -1 Ketul Kiub Ayam Atau Stok Ayam Homemade
  • 2 Batang Serai
  • 5 Ulas Bawang Putih
  • 6-7 Biji Cili Padi
  • Perahan Jus Dari 3 Biji Limau Nipis, Lebihkan Jika Bersaiz Kecil
  • Hirisan Daun Ketumbar

Cara Penyediaan Ikan Stim Limau

Cara Penyediaan Untuk Kukus Siakap

  1. Bersihkan ikan siakap dan kelar bahagian sisi kedua belah ikan.
  2. Titik serai dan masukkan ke dalam perut ikan.
  3. Panaskan periuk kukusan, kukus ikan selama lebih kurang 15 minit atau sehingga ikan masak.
  4. Sementara menunggu, sediakan kuah untuk dituang ke atas ikan.

Cara Penyediaan Untuk Cili Limau

  1. Panaskan air di dalam periuk.
  2. Masukkan kiub ayam, atau stok ayam homemade jika ada. Kalau guna stok ayam homemade boleh kurangkan sikit air. Masak sehingga mendidih dan tutup api.
  3. Tuang ke dalam mangkuk. Masukkan bawang putih yg dicincang halus, jus limau nipis, parutan gula melaka, hirisan cili padi, hirisan daun ketumbar dan sos ikan. Kacau sebati. Kita memang tak didihkan bahan-bahan ni semua, ia cuma akan masak dalam air stok yg suam-suam panas tu aja. Dengan cara ini aroma dan kesegaran bahan-bahan dapat dikekalkan.
  4. Tuang kuah ke atas ikan yang sudah dikukus tadi.

NOTA

  • Jika air kukusan ikan banyak sangat, boleh buang tinggal sedikit sahaja sebelum dituang kuah. Jangan bimbang, rasa tetap akan sedap nanti.
  • Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang manis, tambah lagi parutan gula melaka.
  • Macam mana nak tau ikan kukus dah masak, tolak isi ikan dekat bahagian tulang yang dikelar tadi dengan menggunakan garfu. Jika isi mudah tertanggal dari tulang maksudnya ikan dan betul-betul masak.

Simple kan?

Sekejap je dah resepi ikan masak stim limau kita ni.

Ada yang nak lagi senang, terus masukkan semua bahan bersama macam masak ikan singgang, cuma ditutup periuknya.

Boleh juga ikut kreativiti, bahan yang ada dan selera masing-masing.

Dekat rumah pun boleh makan ala restoran Thai. Taklah susah mana kan?

Lagi jimat dan puas hati buat sendiri. Rugi tak cuba tau!

Originally posted 2022-08-20 14:39:36.

Tinggalkan komentar