Resepi Ikan Stim Halia Chinese Style

Selalu kita disajikan dengan ikan siakap stim limau dan siakap tiga rasa.

Bosan dengan dua resipi kebiasaan ini, apa kata kita olah dengan menu yang lebih sihat buat anak-anak di rumah.

Resepi Ikan Siakap Stim Chinese Style ini cukup istimewa kerana dihidangkan dengan cara yang cukup mudah dan ringkas proses masakannya.

Nak tahu bagaimana rasa powernya siakap ala cina ini, jom kita cuba. Memang padu!

Resepi Ikan Masak Halia Chinese Style

Bahan Bahan Resepi Ikan Chinese Style

  • 1 Ekor Ikan Siakap / Jenahak / Kerapu / bawal Atau Apa Sahaja – Dibersihkan
  • 1 Ketul Halia Muda, Dihiris Nipis – Ikut Lah Nak Banyak Mana
  • 1 Ulas Bawang Besar, Diracik Halus
  • 2 Ulas Bawang Putih, Dicincang
  • 5-6 Biji Cili Padi, Dipotong – Optional
  • Daun Sup Dicincang
  • Daun Bawang Dipotong

Bahan Sos Ikan Chinese Style

  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 2 Sudu Besar Kicap Cair (boleh gantikan dengan garam)
  • 1 Sudu Besar Minyak Bijan
  • ½ Sudu Gula

Bahan Tumis Ikan Chinese Style

  • Sedikit Halia Yang Diracik
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 3 Ulas Bawang Merah
  • Sedikit Minyak

Cara Penyediaan Ikan Chinese Style

  1. Taburkan garam pada ikan bagi rata, ketuk 2 ulas bawang putih dan masukkan dalam perut ikan dan potong sedikit halia susun atas ikan. Masuk dalam periuk dan stim 9 minit.
  2. Sementara ikan distim, masukkan 2 sudu kicap, 1 sudu minyak bijan, ½ sudu gula dan 5 sudu air suam dalam satu bekas dan kacau sebati. Gula tu tak nak letak pun takpe kalau guna kicap manis. Kemudian asingkan.
  3. Potong halus memanjang halia, daun bawang, daun ketumbar dan cili merah. Asingkan.
  4. Ikan dah siap stim, keluarkan dari periuk, buang lebihan air. Letaklah atas pinggan atau bekas hidang paling cun dan kemudian taburkan daun ketumbar, daun bawang, halia dan cili merah tadi atas ikan.
  5. Tuang bancuhan kicap dan minyak bijan tadi sekeliling ikan.
  6. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dengan 4 sudu minyak masak tadi. Dah kekuningan, terus tuang minyak dan bawang putih ke atas ikan tadi. Minyak ni yang panas menggelegak tu tuang atas ikan tu yer, jangan tunggu sejuk pulak.
  7. Siap dan hidangkan.

Catatan

Kuah sos campuran dengan minyak bijan ni memang sedap dihirup, lagi-lagi dikukus dengan ikan dan bawang putih.

Kalau hidangkan ikan stim Chinese style ni, tak perlu makan dengan lauk lain dah.

Sekiranya nak pedas, gigitkan sekali cili padi. Nikmat sangat rasanya.

Kalau nak diikutkan, makanan stim halia ni menyihatkan dan mempunyai kandungan kalori yang rendah.

Jadi, resepi ikan stim Halia Chinese style ni amat sesuai untuk anda yang sedang berdiet. Jangan lupa mencubanya!

Originally posted 2022-08-21 09:02:03.

Tinggalkan komentar