Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

Setiap kali ke kedai masakan Thai, wajib memesan ikan siakap 3 rasa sebagai juadah utama.

Setiap kali itu juga, anak-anak makan sampai tinggal tulang.

Itupun tetap tak puas sebab kadangkala dapat ikan yang kecil.

Kalau nak lagi puas hati, apa kata ibu-ibu jom buat sendiri ikan siakap 3 rasa ala Thai di rumah.

Kalau buat sendiri, boleh letak inti banyak-banyak dalam kuah, baru puas hati!

Jom lihat resepi ikan masak 3 rasa hasil perkongsian kak ros berikut ni.

Boleh buat untuk makan tengahari atau makan malam nanti. Selamat mencuba!

Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

Bahan Bahan Untuk Kuah Ikan Siakap 3 Rasa

  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • Biji Bawang Holland
  • Sedikit Capsicum
  • 1 Batang Serai (Boleh Titik Serai Jika Tak Suka Hirisan Serai)
  • 2 Pokok Ketumbar
  • 1 Biji Tomato
  • Garam, Secukup Rasa
  • 3-4 Sudu Besar Minyak Masak
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 3 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Pes Cili Thai (Boleh Ganti Cili Kisar 1 Sudu Besar Kalau Tak Ada)
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan
  • 1 Sudu Kecil Gula Perang
  • 1 Mangkuk Kecil Sos Cili
  • 1 Mangkuk Nenas Didadu
  • 3-4 Tangkai Cili Padi
  • 2 Tangkai Cili Merah
  • 2-3 Helai Daun Limau Purut
  • Sedikit Perahan Jus Limau Nipis
  • Sedikit Air, Untuk Lebih Berkuah

Bahan Untuk Ikan Siakap 3 Rasa

  • 1 Ekor Ikan Siakap
  • Sedikit Garam
  • Sedikit Serbuk Kunyit
  • Tepung Jagung

Bahan Supaya Cantik

  • Daun Ketumbar
  • Daun Salad
  • Hirisan Nenas

NOTA : Selain ikan siakap, anda juga boleh menggantikannya dengan ikan kembung, Ikan Kerapu, Ikan Kembung, Ikan Bawal atau ikan tilapia.


Cara Penyediaan Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

Cara Penyediaan Untuk Kuah Ikan Siakap 3 Rasa

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia cincang serta bawang holland dadu. Kacau sehingga naik bau.
  2. Masukkan sedikit capsicum, hirisan nipis serai, akar dan batang ketumbar serta tomato dadu. Gaul sehingga tomato kelihatan sudah lembut.
  3. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili, nanas yang didadu, cili padi, cili merah dan sedikit air sebagai kuah.
  4. Tambah pes cili Thai, minyak cili, sos ikan, garam secukup rasa, gula perang dan taburan hirisan daun limau purut.
  5. Masukkan sedikit perahan jus limau nipis dan kacau seketika lalu tutup api.

Cara Penyediaan Untuk Ikan Siakap 3 Rasa

  1. Kelar isi ikan pada kedua belah bahagian.
  2. Gaul ikan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, lalu salutkan dengan taburan tepung jagung.
  3. Panaskan minyak dan goreng ikan siakap sehingga garing kedua belah bahagian.
  4. Tuang kuah 3 rasa diatas ikan dan hias dengan taburan daun ketumbar, hirisan nenas dan lapisan daun salad.
  5. Kemudian, ikan siakap 3 rasa sudah siap untuk dihidang.

Catatan

  • Seeloknya bagi salutan tepung pada bahagian dibuat apabila hendak digoreng dan minyak mulai panas.
  • Jika tiada minyak cili, boleh digantikan dengan cili kisar untuk bahan kuah 3 rasa.

Kalau anak-anak dan suami rindu nak makan kedai Thai musim pkp ni, bolehlah mak-mak masak siakap 3 rasa kedai Thai ni. Confirm mereka puji tanpa henti.

Lagi puas hati buat sendiri dengan bahan yang meriah dan banyak kuah. Silap-silap dimintanya berulang kali sampai tak nampak kedai Thai lagi dah lepas ni.

Semoga perkongsian resepi ikan siakap 3 rasa ala kedai Thai yang dikongsikan ni memberi manfaat.

Ikut bahan-bahan dan stepnya sebiji-sebiji. Pasti menjadi rasanya macam kedai Thai. Selamat mencuba!

Kalau suka makan ikan siakap, anda juga boleh cuba Resepi Ikan Siakap Sweet Sour Chinese Style & Resepi Ikan Siakap Kukus

Originally posted 2022-08-22 00:25:48.

Tinggalkan komentar