Resepi Ikan Sambal Hijau Sedap!

Hi semua, kali ni tema masakan Kak Ros adalah hijau.

Kak Ros nk masak ikan sambal hijau. Favourite ni. Masakan ni di ilhamkan dari masakan padang, tapi bukanlah resepi original

Kak Ros olah masak ikut citarasa sendiri aja, ikut mudah dapur sendiri.

Rasa ikan sambal hijau ni mestilah pedas (atau sangat pedas), masam dan manis secukup rasa.

Masam dan manis tu penting tuntuk seimbangkan rasa pedas dari cili, baru lah terangkat bila makan panas-panas. Pendek kata wajib cuba lah.

Resepi Ikan Masak Sambal Hijau

Bahan Untuk Kisar Halus

  • 4 Biji Bawang Merah Kecil
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Inci Halia
  • 1 Inci Lengkuas
  • 3 Biji Buah Keras

Bahan Untuk Kisar Kasar

  • 6-7 Biji Cili Hijau Besar
  • 25-30 Biji Cili Padi Hijau

Bahan Lain Untuk Ikan Keli Sambal Hijau

  • 2-5 Ekor Ikan (bersaiz sederhana, boleh ikan keli, ikan siakap, ikan tilapia atau lain lain)
  • ½-1 Sudu Kecil Garam
  • Sedikit Serbuk Kunyit
  • 1 Cawan Minyak Masak
  • 2 Batang Serai
  • 3 Helai Daun Limau Purut
  • 2 Helai Daun Salam Kering
  • ½ Biji Bawang Besar
  • Garam Dan Gula Secukup Rasa
  • ¼ Kiub Serbuk Perasa
  • Sedikti Air
  • Perahan Jus Dari ½-1 Biji Limau Nipis

Jom Baca : Resepi Ikan Sweet Sour Chinese Style


Cara Penyediaan Ikan Sambal Hijau

  1. Cincang kesemua bahan bagi bahan kisar halus dan bahan kisar kasar.
  2. Rebus bahan kisar kasar yang telah dicincang iaitu cili hijau, dalam anggaran 3-4 minit selepas air sudah mendidih. Kemudian, tapis bahan kasar lalu masukkan ke dalam air yang bersuhu bilik.
  3. Selepas direndam sekejap di dalam air, tapis dan kisar cili hijau tersebut secara kasar.
  4. Kisarkan bahan-bahan kisar halus seperti bawang merah, bawang putih, halia dan lain-lain sekaligus.
  5. Potong sebiji bawang besar secara dadu.
  6. Masukkan sedikit garam dan kunyit kedalam ikan selepas dibasuh bersih lalu gaulkan sampai sekata.
  7. Panaskan minyak dan goreng ikan sampai masak.
  8. Selesai digoreng ikan, masukkan bahan kisar halus dan bahan-bahan lain seperti serai, daun limau dan daun salam. Masak sehingga kekuningan kesemuanya dan naik bau.
  9. Masukkan cili hijau kisar kasar serta bawang besar yang dipotong dadu.
  10. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan gula agar dapat seimbangkan dengan rasa pedas cili hijau di dalam sambal.
  11. Masukkan ikan goreng dan gaul sehingga kesemua bahan-bahan bersalut rata.
  12. Taburkan sedikit kiub pati ikan dan sedikit air.
  13. Masak dan gaul ikan sambal hijau dalam 5-10 minit. Kemudian, tutup api.
  14. Perahkan jus limau nipis kedalam masakan dan ikan sambal hijau siap untuk dihidang.

Jom Baca : Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai


NOTA

  • Kiub pati ayam adalah pilihan untuk dimasukkan kedalam masakan.
  • Limau nipis boleh digantikan dengan asam keping. Namun, harus dimasukkan ketika sambal dimasak bukan selepas sambal siap dimasak.

Setelah dimasak, sila ambil pinggan hidangan dan hidangan masakan ini di atasnya dan susun dengan cantik.

Oleh itu resepi ikan keli sambal hijau adalah sedap dan lazat.

Jangan lupa untuk berkongsi resipi istimewa ini dengan rakan-rakan dan rakan-rakan dan juga memberi komen anda.

Originally posted 2022-08-22 03:16:45.

Tinggalkan komentar