Resepi Ikan Patin Tempoyak ala Kak Ros, Sedap!

Tengah-tengah musim durian ni pekena tempoyak memang sedap. Apatah lagi dijadikan ramuan masakan.

Bila sebut sajian masakan menggunakan tempoyak sudah tentulah ikan patin masak tempoyak dari Pahang menjuarai carta kelazatannya.

Nampak tak bahan ramuan untuk resepi ikan patin tempoyak temerloh ni, ringkas aje kan.

Kalau nak tahulah inilah dia Resepi Ikan Masak Tempoyak dari Temerloh, Pahang. Ok jom belajar masakan Pahang ni.

Bahan Resepi Ikan Patin Tempoyak

Jom simak maklumat Resepi ikan patin masak tempoyak Temerloh Pahang

  • 1 Ekor Ikan Patin
  • 6 Biji Cili Padi
  • 1 Inci Kunyit Hidup
  • 3 Sudu Besar Tempoyak
  • 1 Bunga Kantan – Belah 4
  • Sedikit Daun Kesum
  • 2 Batang Serai
  • 1 Asam Keping
  • Garam Secukup Rasa
  • Gula Secukup Rasa

Jom Baca : Resepi Ikan Ampap ala Kak Ros Emm Sedap!


Cara Penyediaan Ikan Patin Tempoyak

  1. Masak Ikan Patin ikut resipi asli Temerloh Ini, Lagi Pekat Kuah Tempoyak Lagi Sedap
  2. Masukkan bahan -bahan ke dalam mesin pengisar, dan kisar dengan sedikit air. Yang hantu tempoyak tambahlah lagi tempoyaknya. Air ikut citaraasa masing-masing suka pekat air sikit, suka cair letaklah lebih air. Yang suka pedas tambahlah cili sendiri.
  3. Dah siap blender, tuang ke dalam periuk. Campaklah sekali dengan daun kesum dan bunga kantan.
  4. Bila dah mendidih baru masukkan ikannya. Jangan lupa perasakan garam & gula. Empunya resipi suka manis sikit. Tunggulah sampai masak.
  5. Masak Ikan Patin ikut resepi asli Temerloh Ini, lagi pekat kuah tempoyak Sedap. Memang ketagih hirup kuahnya.

Jom Baca : Resepi Ikan Tongkol Masak Kari ala Kak Ros


Catatan

Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

Originally posted 2022-08-24 05:50:42.

Tinggalkan komentar