Resepi Ikan Pari Masak Kari

Terasa nak makan kari tapi tercari-cari resipi yang paling mudah?

Ha..Ini dia resipi yang anda perlukan. Sangat simple dan tak renyah.

Malah bahan-bahan yang digunakan pun senang nak sediakan. Nampak sedap! Jom cuba resipi perkongsian berikut ni.

Bahan Resepi Ikan Pari Masak Kari

Bahan Bahan Resipi Ikan Pari Masak Kari

  • 600 Gram Kepingan Ikan Pari (Goreng 1/2 Masak)
  • 2 Biji Terung Kari (Bujur Pendek Berwarna Unggu)
  • 1 Biji Tomato, Belah 4
  • 2 Biji Cili Hijau, Belah 2 Tapi Jgn Putus
  • 2 Keping Asam Gelugor
  • 2 Camca Besar Penuhrempah Kari Ikan
  • 1/3 Cawan Susu Sejat “Ideal”
  • Air Secukupnya

Bahan Kisar Halus

  • 5 Biji Bawang Merah
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 Hirisan Nipis Lengkuas
  • 1/2 Inci Kunyit Hidup
  • 1/2 Inci Belacan

Bahan Tumis Untuk Ikan Pari Masak Kari

  • 3 Biji Bawang Merah, Hiris Halus
  • 1 Ulas Bawang Putih, Hiris Halus
  • 1 Camca Teh Halba Campur
  • 1 Hirisan Nipis Halia, Hiris Halus
  • 2 Tangkai Daun Kari

Suka makan Ikan Merah?, anda juga boleh cuba Resepi Ikan Merah Masak Kari & Resepi Ikan Merah Sup


Cara Penyediaan Ikan Pari Masak Kari

  1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar dan serai sehingga layu.
  2. Kemudian masukkan halba campuran, diikuti dengan rempah penumis dan daun kari. Tumis hingga terbit aroma.
  3. Seterusnya masukkan tomato, masak dengan api perlahan hingga tomato hancur.
  4. Masukkan bahan kisar dan masak lagi hingga terbit minyak.
  5. Masukkan serbuk rempah kari. Gaul rata.
  6. Tambahkan air, dan masukkan gula melaka. Biarkan mendidih sehingga pecah minyak sekali lagi.
  7. Masukkan ikan pari yang telah digoreng 1/2 masak tadi.
  8. Tuangkan santan pekat. Masak seketika sehingga minyak bergenang dipermukaan kuah.
  9. Masukkan garam / perasa pilihan, tomato dan juga cili hijau.
  10. Akhir sekali tuangkan jus limau nipis. Kacau beberapa kali, dan padamkan api dapur.

Jom Baca : Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

Inilah rupa masakan Kari Ikan Pari sentuhan Kak Ros!

Sebelum hidang, buangkan minyak yang berlebihan di atas kuah kari.

Hidangkan bersama nasi atau roti. Kalau nak ganti susu dengan santan pun tak de masalah. Nak letak serbuk perasa pun ok, ikut kesesuian masing2 yeaa.

Originally posted 2022-08-23 03:08:00.

Tinggalkan komentar