Resepi Ikan Merah Sup Sedap!

Siapa yang suka makan sup ikan? mungkin ramai yang tak tahu cara nak masak sup ikan kan!

Apa kata anda cuba resepi sup ikan merah yang dikongsikan ni confirm anda tidak akan menyesal.

Sup ikan merah ni selain sedap dimakan, malah ia juga baik untuk yang terkena demam dan selsema, hirup kuah sup yang panas-panas memang cepat melegakan deman dan selsema. 

Selain dimasak sup, ikan merah juga sedap dimasak, asam pedas, gulai kari, sweet dan sour dan bermacam-macam lagi

Untuk resepi seterusnya, kita akan ikuti cara masakan berikut ni.

Semoga bermanfaat kita share dan virlakan masakn yang boleh dikatakan sihat ini.

Bahan Resepi Ikan Merah Masak Sup

Bahan Bahan Resepi Sup Ikan Merah

  • 1 Ekor Ikan Merah Kurang Lebih Berat 600+ Gram
  • 4 Kuntum Cedawan ‘Oyster King Mushroom’
  • 1 Sup Bunjut ‘Sup Ikan’ Adabi
  • 1 Pokok Daun Ketumbar, Kerat Kasar
  • 1 Kiub Ikan Bilis Maggi
  • 1 Batang Serai, Diketuk
  • 1 Camca Teh Lada Hitam Biji, Ditumbuk Halus
  • 1 Camca Besar Rempah Sup Adabi
  • 1 Biji Limau Nipis, Perah Jusnya
  • Garam Secukup Rasa
  • Air Secukupnya

Bahan Untuk di Tumbuk Halus

  • 3 Biji Bawang Merah
  • 1 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 Inci Halia

Bahan Untuk di Tumis Darat

  • 3 Biji Bawang Merah Kecik, Hiris
  • 1 Ulas Bawang Putih, Hiris

Bahan Sampingan Sup Ikan Merah

  • Hirisan Daun Bawang
  • Hirisan Daun Sup
  • Bawang Goreng
  • Sambal Kicap, Jika Suka

Suka makan siakap?, anda juga boleh cuba Resepi Ikan Siakap Stim Limau & Resepi Ikan Siakap Stim Halia Chinese Style


Cara Penyediaan Ikan Merah Sup

  1. Ikan merah disiang, potong kepada beberapa bahagian atau ikut suka, Cuci dan perap denga garam kasar dan jus limau nipis selama 15 minit.
  2. Cuci kembali hingga bersih dan toskan. Cendawan dicuci, toskan dan potong kiub besar2 dan ketepikan,
  3. Panaskan minyak dalam periuk, anggaran 4 camca besar, Tumis bahan2 tumbuk halus, serai dan masukkan juga sup bunjut ‘sup ikan’ adabi (dalam bungkusan sup bunjut adabi ni ada 1  sup bunjut, bay leaf, kayu manis dan buah keras. Masukkan kesemuanya sekali).
  4. Kacau rata dan masak hingga wangi. 
  5. Masukkan rempah sup, kacau rata dan tuang sedikit air, anggaran 1/2 cawan. Kacau dan biarkan rempah masak dengan api kecik untuk 8 – 10 minit.
  6. Tuang air secukupnya, anggaran 1.2 liter, kacau dan biarkan mendidih.
  7. Masukkan ikan dan juga cendawan. Tambah kiub ikan bilis, lada hitam tumbuk dan kacau perlahan, biarkan mendidih hingga ikan masak.
  8. Perasakan dengan garam secukupnya dan masak sekejap. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan jus limau nipis, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api.
  9. Sementara itu, panaskan 3 – 4 camca besar minyak dalam kuali dan tumis hirisan bawang merah dan bawang putih (yang ni untuk tumis darat).
  10. Masak hingga bawang keperangan, tapi awas jangan sampai hangus pulak. Masukkan bawang tadi dengan minyak2 panasnya sekali ke dalam periuk sup.
  11. Tutup periuk dan biarka 10 minit. Sebelum dihidangkan, tabur dengan hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng. Jika suka boleh dimakan dengan sambal kicap, selamat mencuba!

Jom Baca : Resepi Ikan Sambal Hijau Sedap!


Catatan

Jus limau nipis tu boleh juga diganti dengan jus limau kasturi.

Bagi yang tak suka rasa masam , tak perlu masukkan jus limau nipis.

Sedap dimakan sama nasi panas, roti atau dihirup panas2

Originally posted 2022-08-22 03:22:00.

Tinggalkan komentar