Resepi Ikan Merah Masak Kari, Sedap!

Hidangan wajib ada setiap minggu. Siapa yang suka makan kari ikan di kedai mamak mesti tahu hidangan ini.

Mesti sedap kalau dapat makan kari ikan merah kedai mamak tengah hari ini bukan?

Jom kita masak kari ikan cara org dulu yang kak ros belajar dari bonda tersayang.

Kali ni Kak Ros gunakan Ikan Merah yang segar lagi sebab baru beli kat pasar.

Bahan-bahannya taklah banyak sangat, cuma cara dan teknik memasak kari tu yang menentukan sedap atau tak hasilnya nanti.

Bahan Resepi Ikan Merah Masak Kari

Bahan Utama Ikan Merah Masak Kari

  • Minyak Masak
  • 3/4 Sudu Kecil Halba Campur
  • 2 Tangkai Daun Kari
  • 3 Sudu Besar Air Asam Jawa
  • 1 Ekor Ikan Merah
  • 1 Mangkuk Santan Cair (Bagi korang yang tak suka santan, boleh tak gunakan santan)
  • Air
  • 3 Biji Cili Merah Besar
  • 1 Mangkuk Satan Pekat
  • Garam
  • 12-15 Batang Bendi
  • 2 Biji Tomato

Bahan Untuk Di Tumbuk Kasar

  • 6 Biji Bawang Merah
  • 1 Inci Halia
  • 4 Ulas Bawang Putih

Bahan Untuk Bancuhan Rempah

  • 2 Sudu Besar Serbuk Kari Ikan
  • 1 Sudu Besar Serbuk Cili
  • Air Secukupnya

Suka makan Ikan Merah?, anda juga boleh cuba Resepi Ikan Merah Sup & Resepi Ikan Merah Sambal Hijau Sedap!


Cara Penyediaan Ikan Merah Masak Kari

  1. Cincang kasar bawang merah, bawang putih dan halia.
  2. Masuk semua dalam lesung batu dan tumbuk kasar.
  3. Sediakan bancuhan rempah, masukan rempah kari ikan, serbuk cili dan air secukupnya.
  4. Potong bendi, cili merah dan tomato belah 4
  5. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kasar tadi.
  6. Masukan halba campur dan daun kari.
  7. Kacau sampai bawang kekuningan dan sedikit garing.
  8. Tuang bancuhan rempah kari.
  9. Kacau sekata sehingga pecah minyak.
  10. Tambahkan air.
  11. Bila dah kering, masukan air pati asam jawa.
  12. Masukkan ikan merah.
  13. Masak selama 5 minit.
  14. Kemudian masukan santan cair (santan perahan kedua).
  15. Masukan cili merah dan masak dalam 10 minit.
  16. Kemudian masukan santan pekat.
  17. Jika kari pekat boleh tambah air.
  18. Tambah sedikit air asam jawa.
  19. Tambah garam.
  20. Masukan bendi dan tomato.

Jom Baca : Resepi Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai


Catatan

  • Gunakan kuali yang tebal, jika tidak rempah cepat hangus.
  • Basuh ikan dengan asam jawa supaya hilang bau hanyir.
  • Santan pekat diletakkan lambat sebab takut kari pecah minyak dan kuah berketul- ketul.

Untuk dapatkan kari yang lebih sedap, masaklah sehari sebelum dihidangkan sebab rasa rempah dan santan akan menjadi lebih sebati.

Bila dipanaskan nanti, kuah kari akan menjadi lebih pekat dan lebih sedap.

Kepada sesiapa yang biasa makan kari ikan dikedai mamak, mesti tahu hidangan ini.

Lepas ni dah boleh masak sendiri dekat rumah dan bawah bekalan ketempat kerja. Masak sendiri lebih puas hati kan.

Yang baru belajar pun, kalau nak cuba buat confirm menjadi. Ikut je cara-cara yang disediakan diatas. Bolehlah hidang makan bersama keluarga.

Semoga resepi kari ikan merah ini memberi manfaat kepada kita semua. Selamat mencuba!

Originally posted 2022-08-23 01:06:07.

Tinggalkan komentar