Resepi Ikan Masak Singgang Sedap ala Kak Ros!

Hai, tengah diet ke tu? Bila tengah diet ni, pening tak tahu nak masak lauk apa untuk diet. Kan? Tak payah pening-pening.

Boleh buat ikan masak singgang paling senang dan cepat. Ikan masak singgang Johor style cara mak saya.

Ikan singgang bukan hanya sesuai untuk mereka yang berdiet. Sesuai juga untuk menu orang berpantang atau sakit.

Suka makan lauk ikan singgang? Boleh cuba resipi ikan singgang kuning yang mudah dan cepat siap. 

Masakan ini juga sangat sihat kerana tiada minyak dan sesuai untuk orang yang berdiet, kerana sangat rendah kalori.

Jom langsung saja kita layan resepi ikan singgang dibawah!

Bahan Resepi Ikan Singgang Sedap

  • Ikan Tenggiri (Boleh ganti ikan sesuai kesukaan)
  • 2 Biji Kunyit Hidup (Besar Ibu Jari Boleh Tumbuk Kasar)
  • 3 Hiris Lengkuas (Boleh Tumbuk Kasar)
  • 12 Batang Cili Padi
  • Sedikit Biji Ketumbar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 3 Keping Asam Keping
  • Garam

Cara Penyediaan Ikan Masak Singgang

  1. Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan isi air sampai bahan tenggelam.
  2. Tutup periuk, biarkan mendidih dan biarkan hingga masak.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa anda.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih. Lagi bertambah sedap jika dimakan dengan tempoyak budu, ulam-ulaman dan telur dadar sebagai pelengkap hidangan.

Suka makan nak masak Ikan Kari?, Jom anda juga boleh cuba Resepi Ikan Merah Masak Kari & Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari


Catatan

  • Untuk menu diet tak perlu letak garam. Tapi kalau tak biasa, letak garam sikit dah memadai.
  • Boleh tukar dengan ikan yang lain seperti ikan kembung, tongkol dan sebagainya.
  • Apabila anda suka pedas, sila nak tambah cili sesuka hati.

Senang ya amat nak masak ikan masak singgang ni. Tak perlu nak menumis bagai.

Tak perlu nak tunggu lama dan paling suka sebab cepat masak. Sedap pun sedap.

Lagi-lagi menghirup kuah singgang. Boleh kenyang cepat.

Menu ikan masak singgang memang popular dalam menu diet. Kena dengan citarasa tekak orang melayu.

Masakan rebus tanpa minyak memang sesuai untuk mereka yang berdiet.

Jadi, kalau sedang berdiet tu, boleh masak ikan masak singgang kalau takde idea.     

Originally posted 2022-08-25 07:30:28.

Tinggalkan komentar