Resepi Ikan Masak Sambal Sedap & Simple!

Resepi Ikan Masak Sambal, menu ala-ala kampung yang tak jemu dimakan, tak perlu lauk pauk yang mewah untuk buka selera.

Paling sedap jika dimakan bersama sayur tumis air atau sayur masak lemak putih dan sambal belacan.

Nak buat sambal ikan ni mudah saja. Yang penting, sambal yang sedap biasanya kena berwarna merah baru lagi sedap! Jom lihat resipi di bawah.

Bahan Resepi Ikan Masak Sambal Simple

  • 3-5 Ikan(Boleh nak ikan tongkol, tenggiri, ikan kembung, ikan bawal, ikan merah atau ikan apa apa je)
  • 1 Senduk cili kisar / cili api
  • 3-4 Sudu besar sos cili
  • 1 Sudu besar sos ikan
  • 1 Sudu besar sos tiram (optional)
  • 1/2 Mangkuk kecil air asam jawa
  • 1 Biji bawang besar, potong membulat
  • Gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis, anggaran 1 mangkuk kecil
  • Bahan tumbuk/kisar halus:
  • 4 Ulas bawang putih
  • 4-5 Biji bawang merah
  • 1/2 Inci halia

Nak masak sambal ikan, boleh korang guna ikan ikan kesukaan, boleh ikan cencaru, ikan salmon, ikan selar atau ikan ikan pa je yg korang suka.

Suka makan masak sambal?, anda juga boleh cuba Resepi Sambal Terung Pipit Ikan Bilis, Simple!


Cara Penyediaan Ikan Masak Sambal Merah

  1. Bersihkan ikan dan gaulkan bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kemudian masukkan cili kisar. Kacau di atas api perlahan sehingga cili kisar pecah minyak.
  3. Masukkan sos cili, sos ikan, sos tiram dan air asam jawa. Kacau sehingga sambal masak sebati. Boleh ditambah sedikit air jika sambal terlalu kering.
  4. Masukkan bawang besar dan gula secukup rasa.
  5. Tuangkan kuah sambal di atas ikan goreng tadi.
  6. Siap untuk dihidangkan.

Catatan

  • Dalam resepi ni kak ros tak masukkan garam kerana sos tiram, dan sos ikan sudah masin. Ikan goreng juga sudah diletakkan garam semasa menggoreng.
  • Bawang yang dikisar tadi tidak boleh terlalu halus. Kisar sedang-sedang kasar dan halus je. Sebab nak dapatkan tekstur cili tu. Terliur pula dibuatnya. Sedap sangatkan.

Kalau nak masak lauk yang simple tapi menyelerakan, bolehlah cuba resepi ikan goreng sambal ini.

Semoga ianya bermanfaat buat anda semua. Selamat mencuba!

Originally posted 2022-08-28 06:59:52.

Tinggalkan komentar