Resepi Ikan Masak Kicap ala Kak Ros, emm Sedap!

Resipi ikan masak kicap. Ikan masak kicap merupakan masakan ikan mudah dan sedap yang digemari seisi keluarga.

Kanak-kanak pasti sukakannya kerana rasanya yang lemak manis dan tidak pedas.

Berikut kami kongsikan resipi ikan masak kicap simple untuk anda cuba.

Bahan Ikan Masak Kicap Simple

Bahan Ikan Kicap

  • 1 Ekor Ikan kembung/ selar/ selayang – Lumur Garam Kunyit Dan Goreng
  • 1 Sudu Besar Cili Kisar – Ikut Pedas Disukai
  • 1 Labu Bawang Besar – Hiris Bulat
  • 1 Biji Cili Hidup Merah/Hijau – Hiris
  • 1 Batang Daun Sadri/Daun Bawang – Hiris
  • 1 Batang Kulit Kayu Manis – Opsyenal

Bahan Sos Untuk Ikan Masak Kicap

  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Sos ikan
  • Sedikit gula

Bahan Kisar Untuk Ikan Masak Kicap

  • 1/2 Labu Bawang Besar
  • 5 Ulas Bawang Merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 Inci Halia

Suka makan nak masak Ikan?, Jom anda juga boleh cuba Resepi Ikan Patin Tempoyak ala Kak Ros, Sedap! & Resepi Ikan Sweet Sour Chinese Styl


Cara Penyediaan Ikan Masak Kicap

Berikut adalah maklumat cara memasak ikan kicap.

  1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga garing. Kemudian angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan sebahagian dari minyak yang sama untuk menumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis menggunakan api perlahan sehingga cili betul-betul garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan kicap, sos tiram, sos tomato, air, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa. Lebihkan air kalau nak banyak kuah. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan yang telah digoreng, cili merah dan cili padi. Gaul sebati.
  6. Padamkan api dan hidangkan.

Catatan

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.

Untuk memasak ikan masak kecap, anda boleh menggunakan ikan kembung, ikan tongkol, ikan tenggirir, ikan bawa, ikan cencaru, ikan bilis dan ikan bawal, kaedahnya adalah sama.

Originally posted 2022-08-25 02:33:12.

Tinggalkan komentar