Resepi Ikan Cencaru Berlada Simple, Sedap!

Resepi ni simple je bahannya. Tak ada bahan-bahan rumit yang tak biasa pakai pun. Memang semua bahan asas yang dah ada di dapur.

Tak perlu berlama-lama, Jom langsung saja kita coba, Anda pun bisa memvariasikan Resepi Cencaru Berladai ini sendiri di rumah. 

Bahan Ikan Cencaru Berlada

  • 2-3  Ekor  Ikan Cencaru Saiz Sederhana Besar
  • 1  Senduk  Cili Kering Kisar
  • 3  Biji  Cili Merah*
  • 5  Biji  Bawang Merah*
  • 1  Ulas  Bawang Putih*
  • 1/2  Inci  Halia*
  • Sedikit Belacan*
  • Air Asam Jawa Secukupnya
  • Garam, Gula & Perasa Secukupnya
  • Minyak Masak Untuk Menggoreng & Menumis

Suka makan Ikan Cencaru?, anda juga boleh cuba resepi ikan cencaru goreng bawang


Cara Penyediaan Ikan Cencaru Berlada

  1. Ikan cencaru disiang, dibelah bahagian belakang dan dicuci bersih.  Lumurkan dengan garam, serbuk kunyit dan goreng garing.  Angkat dan ketepikan.
  2. Kisar bahan-bahan bertanda (*) dengan air asam jawa secukupnya.
  3. Tumiskan cili kering kisar diikuti dengan bahan-bahan lain yang dikisar sehingga masak dan terbit minyak.
  4. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.  Kacau sebati.
  5. Setelah sebati, gaulkan dengan ikan yang digoreng tadi dan biarkan seketika di atas api.
  6. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.

Thanks telah mempraktekan Resepi yang tim kami bagi di halaman ini.

Harapan kami, olahan Cencaru Berlada yang gampang di atas dapat membantu Kamu menyiapkan makanan yang sedap untuk keluarga/teman ataupun menjadi inspirasi bagi Anda yang berkeinginan untuk berjualan makanan.

Jangan lupa upama Resepi ini berfaedah, silahkan bagi ke facebook lainnya. Terimakasih.

Originally posted 2022-08-27 01:34:24.

Tinggalkan komentar