Resepi Ikan Celup Tepung ‘Krup Krap’ Marvelous

Biasanya kalau nak rasa makan makanan celup tepung ni, wajib pergi ke Terengganu!

Nak rasa yang pior dan original dibuat oleh warga tempatan sana. Sedapnyaa tu lain dari yang lain.

Kalau tempat kita biasa petang- petang makan pisang goreng, keropok lekor dan ubi goreng kan.

Tapi di sana ada sotong, udang, cendawan, ikan semua celup tepung!

Tapi sekarang ni, dah ramai juga orang Terengganu yang dah berpindah dari Terengganu ke negeri lain.

Jadi tersebar juga resepi cara nak buat masakan celup tepung yang sedap dan original ni.

Salah satunya, resepi ikan goreng tepung daripada Kak Ros kita ni yang mana kongsikan macam mana nak buat ikan celup tepung yang super sedap.

Dengan bancuhan tepung ni, boleh lah buat dengan apa yang kita suka.

Bahan Resepi Ikan Celup Tepung Sedap

Dalam bahan-bahan ni ada dicampurkan telur sebiji. Inilah rahsia untuk dapatkan kerak yang banyak.

Sekali goreng berdesir bunyinya dalam kuali. Rasanya akan lebih sedap.

  • Tepung beras agak-agak dalam 2 cawan
  • Air kapur makan 1 sudu besar
  • Serbuk kunyit agak-agak kuantitinya
  • Garam secukupnya
  • Ajinomoto secukupnya
  • Air
  • Telur sebiji
  • Ikan kembung/selar

Jom Baca : Resepi Ikan Cencaru Goreng Bawang Simple, Sedap!


Cara Penyediaan Ikan Celup Tepung

  1. Masukkan kesemua bahan kecuali ikan dalam mangkuk besar dan gaulkan hingga sebat
  2. Pastikan adunan tidak terlalu cair. Kemudian, sediakan minyak secukupnya untuk menggoreng.
  3. Apabila sudah cukup panas, celupkan ikan ke dalam adunan tadi dan gorenglah hingga garing keemasan.
  4. Angkat dan toskan. Sedia untuk hidangan bersama sos cili atau dimakan dengan nasi putih.
  5. Dah siap. Sedia dihidang dengan sos apa-apa sahaja.

Kalau anda nak makan dengan nasi putih atau nasi kerabu pun sedap juga. Hidangkan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman.

Fuhh, sedap dan menyelerakan. Lagi-lagi makan masa ikan masih lagi panas dan rangup baru lepas digoreng.

Apa lagi, kalau ada ikan lebih dalam peti sejuk tu, jomla buat resepi ikan celup tepung sedap dan rangup ni.

Untuk yang baru nak cuba buat makan ikan celup tepung ni, saya ucapkan selamat menjamu selera!

Originally posted 2022-08-28 01:57:06.

Tinggalkan komentar