Resepi Ikan Baung Masak Tempoyak Sedap!

Pada entri kali ini saya nak kongsikan dengan anda semua resepi ikan baung masak tempoyak.

Bagi anda yang belum masak dan suka makan tempoyak tu boleh lah ikuti resepi seperti yang saya dah sediakan untuk anda semua.

Jangan risau kerana resepi ikan tempoyak ini mudah dan bahan-bahannya juga senang untuk diperolehi di kedai-kedai runcit.

Bahan Resepi Ikan Baung Masak Tempoyak

Bahan Masak Ikan Baung Tempoyak

  • 1 Ekor Ikan Baung
  • 5-6 Sudu Besar Tempoyak – Guna 6 
  • 1 Batang Serai – Ketuk
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kunyit
  • 1 Liter Air – 1 1/2 Gelas
  • 1 Biji Timun – Atau Taugeh Kepala Besar
  • 2 Sudu Besar Garam Kasar
  • Sedikit Gula

Bahan Tumbuk Ikan Baung Masak Tempoyak

  • 3 Tangkai Cili Merah 
  • 3-4 Tangkai Cili Api – Jika Suka Pedas

Suka makan nak masak Ikan tempoyak?, Jom anda juga boleh cuba Resepi Ikan Patin Tempoyak ala Kak Ros, Sedap!


Cara Penyedian Ikan Baung Masak Tempoyak

  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup. (Jangan sampai terlalu hancur pulak)
  2. Kemudian masukkan tempoyak dan ditumbuk supaya bergaul rata.
  3. Masukkan ikan dan kesemua bahan ke dalam periuk.
  4. Masaklah dengan api perlahan sehingga ianya merenih dan menggelegak.
  5. Setelah menggelegak, masukkan daun kesum.
  6. Masak dalam 2-3 minit sahaja dan bolehlah tutup api

Catatan

Lebih sedap jika menggunakan tempoyak baru. Saya buat sendiri tempoyak dan disimpan selama 3 hari sebelum sedia untuk digunakan. 

Kalau tempoyak kurang masam, bolehlah tambah sedikit asam keping.

Basuh ikan dengan tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyir ikan sungai.

Kalau mahukan kuah yang pekat, boleh dimasakkan kuah sehingga masak dan pekat, baru dimasukkan ikan seperti mana yang dibuat oleh kedai kedai makan di Temerloh.

Selamat mencuba! Belum cuba belum tahu.

Originally posted 2022-08-25 01:25:37.

Tinggalkan komentar