Resepi Ikan Bakar Oven, Emm Sedap!

Resepi kali ini adalah ikan bakar oven. Juadah ini sesuai untuk dimakan untuk makan tengahari dan makan malam. Jom kita lihat resepinya.

Ikan yang boleh anda gunakan boleh guna ikan siakap, ikan cencaru, dan ikan kembung.

Jom cuba resepi ikan Bakar Oven yang dikongsikan Kak Ros! berikut ini.

Bahan Resepi Ikan Bakar Oven Sedap

  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 4 Ulas Bawang Merah
  • 1 Inci Halia
  • 1 Inci Kunyit
  • 1 Batang Serai
  • Air
  • Minyak
  • Ajinamoto
  • Garam
  • Asam Jawa

Suka makan Ikan Kari?, anda juga boleh cuba Resepi Ikan Tenggiri Masak Kari & Resepi Ikan Baung Masak Tempoyak Sedap!


Cara Penyediaan Ikan Bakar Oven Sedap

  1. Kisar bawang putih, bawang merah, halia, kunyit dan serai.
  2. Lumur dan tuangkan bahan kisar ke atas ikan.
  3. Tuangkan sedikit minyak, ajinamoto,garam dan asam jawa ke atas ikan.
  4. Bakar menggunakan api atas & bawah (Suhu 170C selama 30 minit).
  5. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba! Belum cuba belum tahu.

Originally posted 2022-08-26 01:20:06.

Tinggalkan komentar